Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA berbesar hati menerima kunjungan daripada Mr. Jose Gato, Naib Presiden dan Pengurus Besar Rapid Solidification (RS), VACUUMSCHMELZE bersama En. Mohd Arif Zakaria, Pengurus Besar VACUUMSCHMELZE.
Sesi perbincangan yang diketuai oleh Dekan FTKEE, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Mawardi bin Saari turut disertai oleh Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ashraf bin Ahmad serta Profesor Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab, Pengarah Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada peluang kerjasama strategik, pemindahan ilmu dan teknologi, serta perkongsian kepakaran global bagi memperkasa graduan dan memperkukuh penyelidikan di UMPSA.
Delegasi VAC turut dibawa melawat makmal dan fasiliti FTKEE bagi melihat lebih dekat keupayaan serta kepakaran yang dimiliki fakulti dalam menyokong kolaborasi industri dan akademia. Diharapkan kunjungan ini menjadi pemangkin kepada hubungan masa depan yang lebih kukuh serta memberi manfaat bersama kepada kedua-dua pihak.
Telah berlangsung, Tn. Hj. Dr. Shafie dan Dr. Riduwan Ghazali mewakili fakulti dan UMPSA dalam mempromosikan program BVE dan BVI di TVET Education and Job Fair sempena Hari TVET Negara Peringkat Daerah Langkawi 2025 yang dianjurkan oleh Kolej Vokasional Langkawi pada 27 dan 28 September.
Terima kasih kepada Tn. Hj. Shafie dan Dr. Riduwan atas komitmen serta usaha memartabatkan jenama UMPSA di peringkat nasional.
Harapan kami, melalui penglibatan ini lebih ramai pelajar dan masyarakat mendapat pendedahan tentang peluang pendidikan TVET di UMPSA, sekaligus melahirkan graduan berkualiti, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri masa kini.
Dua wakil daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), iaitu Ts. Dr. Saifudin Bin Razali dan En. Mohammad Malindo Bin Mohamad Arip, telah bergabung tenaga bersama Balai Bomba dan Penyelamat Peramu dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang 2025 bagi Kategori Hybrid.
Hasil kolaborasi ini lahirlah pasukan Peramu Vanguard, yang tampil dengan projek inovasi Magma V3 – Rimbafire Kit. Inovasi tersebut menekankan elemen mudah, murah, selamat, berkesan, berkualiti dan ringan, sekali gus memberi impak besar dalam meningkatkan kecekapan operasi pemadaman kebakaran di lapangan.
Dedikasi, kreativiti dan kerjasama erat antara akademia serta pasukan bomba akhirnya membuahkan hasil apabila Peramu Vanguard dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan KIK JBPM Negeri Pahang 2025.
Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan, malah menjadi bukti kukuh bahawa sinergi antara institusi pendidikan tinggi dan agensi penyelamat mampu memperkukuh budaya inovasi serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan untuk masyarakat. Peramu Vanguard kini bersedia menggalas cabaran seterusnya dengan mewakili JBPM Pahang ke peringkat kebangsaan.
FTKEE antara fakulti yang akan melalui sesi audit ini pada 25 September 2025.
Tujuan penilaian ini adalah untuk menentukan tahap pematuhan sistem pengurusan kualiti klien terhadap keperluan standard ISO 9001:2015. Ia juga bertujuan menilai keupayaan sistem pengurusan dalam memastikan klien mematuhi segala keperluan statutori, peraturan serta kontrak yang berkenaan.
Selain itu, penilaian ini turut menekankan keberkesanan sistem pengurusan bagi memastikan klien boleh menjangkakan pencapaian objektif yang telah ditetapkan secara munasabah. Di samping itu, penilaian ini dijalankan bagi mengenal pasti bidang yang berpotensi untuk penambahbaikan dalam sistem pengurusan.
Program CSR, Inovasi Sosial & Pemindahan Ilmu anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA telah berlangsung dengan penuh meriah pada 24 September 2025 bertempat di SBP Integrasi Tun Abdul Razak (INSTAR).
Program ini memberi peluang kepada pelajar INSTAR untuk meneroka dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan, antaranya: Pertandingan Dron & Simulasi Dron Whoop, Pengenalan Ground Robot & Underwater Robot (ROV), Eksperimen Tenaga Elektrik & Tenaga Boleh Diperbaharui disertai Kuiz Tenaga SERTA Eksplorasi Kecerdasan Buatan (AI), Machine Learning & Optimization.
Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pensyarah, pelajar, fasilitator serta seluruh warga INSTAR atas kerjasama dan sokongan yang padu.
Semoga inisiatif ini bukan sahaja menyalakan minat pelajar terhadap teknologi masa hadapan, malah memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan komuniti dalam mendokong aspirasi pendidikan negara.
A total of 25 UMPSA researchers have been listed among the World's Top 2% Scientists in the categories of Career-Long Achievement and Single Year Achievement, based on data recently released by Elsevier BV, Stanford University, USA.
Congratulations to Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Herwan Bin Sulaiman and Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Ashraf Bin Ahmad on this outstanding achievement.
Tahniah Sharvin a/ Kanapathy dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA kerana berjaya meraih Pingat Perak buat UMPSA Malaysia dalam acara Taekwondo kategori Kyorugi Lelaki Bawah 87kg di Karnival Sukan MASUM 2025.
