[UMPSA NEWS] Muhammad Hafizzi, Alumni UMPSA Bukti Keunggulan TVET Dalam Industri Tenaga Boleh Baharu
PEKAN, 17 Ogos 2026 - Alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Muhammad Hafizzi Mohd Gafar, membuktikan bahawa laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu melahirkan graduan berkemahiran tinggi serta berdaya saing dalam industri tenaga boleh baharu.
Beliau yang menamatkan pengajian pada tahun 2025 dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) memulakan perjalanan akademiknya di Kolej Vokasional Klang dengan mengikuti Diploma Teknologi Elektronik selama empat tahun sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah di UMPSA pada tahun 2021.
Kini, beliau berkhidmat sebagai Jurutera Projek di Pathgreen Energy, syarikat tenaga boleh baharu yang turut menjadi tempat beliau menjalani latihan industri (Work-Based Learning).
Menurut beliau, bidang tugasnya banyak berkait rapat dengan ilmu yang dipelajari sepanjang pengajian di UMPSA, khususnya dalam Sistem Solar Fotovolta (PV).
Maklumat lanjut: Muhammad Hafizzi, alumni UMPSA bukti keunggulan TVET dalam industri tenaga boleh baharu | UMPSA News
