Official Website    

CEO@Faculty FTKEE with Infineon: Memperkukuh Jalinan Akademia–Industri

CEO@Faculty FTKEE with Infineon: Memperkukuh Jalinan Akademia–Industri

PEKAN, 17 Ogos 2026 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan Infineon Technologies menerusi pelaksanaan program CEO@Faculty bersama Encik Mohd Jeffery Abdull Manaf, Profesor Adjung FTKEE dan Senior Director, Infineon Technologies Kulim.
 
Kunjungan ini turut disertai oleh Dr. Christian Kasztelan, Head of Power Chip Development yang berkongsi kepakaran, pengalaman industri serta perkembangan teknologi semasa dalam bidang berkaitan. Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara FTKEE dan industri, khususnya dalam usaha memperkasa pendidikan kejuruteraan yang lebih selari dengan keperluan serta perkembangan teknologi industri semasa. Perkongsian daripada pihak industri turut membuka ruang kepada penerokaan peluang kerjasama dalam aspek akademik, penyelidikan, pembangunan bakat dan pemindahan kepakaran. Turut hadir ialah Profesor Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad, Dekan FTKEE; Profesor Dr. Mohd Hasbi bin Ab Rahim, Penolong Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi); Dr. Nur Aqilah binti Othman, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, serta barisan pengurusan FTKEE.
 
Kehadiran pihak industri ini mencerminkan komitmen berterusan FTKEE dalam membina ekosistem akademia–industri yang kukuh, di samping memastikan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diterapkan kepada pelajar sentiasa relevan dengan landskap teknologi serta kehendak industri. Daripada kolaborasi kepada transformasi, FTKEE terus memperkukuh jaringan industri demi melahirkan bakat kejuruteraan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi masa hadapan.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network