Official Website    

[UMPSA NEWS] Hari Jepun UMPSA memperkukuh kerjasama dalam memperkasakan TVET Termaju

[UMPSA NEWS] Hari Jepun UMPSA memperkukuh kerjasama dalam memperkasakan TVET Termaju

PEKAN, 7 Jun 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh jaringan antarabangsa dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi penganjuran Japan Day: Empowering Advanced TVET Education in Collaboration with the Embassy of Japan in Malaysia bersempena dengan sambutan Hari TVET Negara 2026 peringkat universiti.

Program anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dan Japanese Language Professional Club (JANPU) dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Malaysia itu berjaya menghimpunkan pelajar universiti, warga sekolah, wakil industri serta komuniti setempat dalam meraikan hubungan erat antara Malaysia dan Jepun melalui pendidikan, budaya, teknologi dan pembangunan modal insan.

Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias berkata, program ini mencerminkan komitmen universiti dalam memperkasakan pendidikan TVET termaju bertaraf global melalui kerjasama strategik bersama rakan antarabangsa.

“Hubungan erat yang terjalin antara UMPSA dan Kedutaan Jepun di Malaysia merupakan satu bentuk kizuna atau ikatan persahabatan yang menjadi asas kepada pembangunan kerjasama dalam bidang pendidikan, teknologi, inovasi dan pembangunan bakat.

“Jepun merupakan sebuah negara yang berjaya menggabungkan kemajuan teknologi, kecemerlangan industri dan pembangunan modal insan secara seimbang. 

“Nilai-nilai seperti disiplin, ketepatan, daya tahan dan inovasi yang diamalkan masyarakat Jepun amat bertepatan dengan aspirasi UMPSA untuk menjadi Hab TVET Termaju Asia Pasifik menjelang tahun 2030,” ujarnya. 

Sumber: Hari Jepun UMPSA memperkukuh kerjasama dalam memperkasakan TVET Termaju | UMPSA News

Bengkel Digital Making Bersama UMPSA STEM Lab

Bengkel Digital Making Bersama UMPSA STEM Lab

FTKEE melalui UMPSA STEM Lab berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran bagi menjayakan Program Kemahiran Reka Bentuk Digital yang telah berlangsung di FTKEE, UMPSA.
 
Program ini menghimpunkan wakil daripada Sektor Sumber Teknologi Pendidikan JPN Pahang, PPD Maran serta pengetua, guru besar dan guru-guru daripada 13 buah sekolah sekitar Daerah Maran bagi meneroka pendekatan pembelajaran berasaskan teknologi dan kemahiran digital yang selari dengan keperluan pendidikan masa hadapan. Turut hadir memeriahkan program ialah Dekan FTKEE yang menyampaikan ucapan alu-aluan serta berkongsi aspirasi fakulti dalam memperkukuhkan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan komuniti sekolah.
 
Semoga jalinan kerjasama antara UMPSA, JPN Pahang dan PPD Maran ini terus diperkukuh dalam usaha melahirkan generasi celik teknologi, kreatif dan berdaya saing melalui pendidikan STEM yang berkualiti.
 
Unlock the Full Potential of Springer Nature!

Unlock the Full Potential of Springer Nature!

Join us for an exclusive online training session, Insights to Springer Nature Platform, designed to help researchers, academics, and students discover high-quality scholarly resources more effectively.

🗓️ 9 June 2026 (Tuesday)
⏰ 10:00 am – 12:00 pm (GMT+8)
🎤 Speaker: Mr. Kent Yeap
Senior Licensing Manager (Malaysia & Brunei)

📌 Registration is required to receive the webinar room link.
https://attendee.gotowebinar.com/register/9200300340479315806

Japan Day: Empowering Advanced TVET Education

Japan Day: Empowering Advanced TVET Education

The Faculty of Electrical and Electronic Engineering Technology (FTKEE), in strategic collaboration with the Embassy of Japan in Malaysia and the Japanese Language Professional Club (JANPU), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), will be organizing an international-level program, “Japan Day: Empowering Advanced TVET Education.”

This program is specially designed to strengthen the Technical and Vocational Education and Training (TVET) agenda through the integration of technology, innovation, and Japanese work culture, renowned for its excellence, discipline, and Monozukuri philosophy.

📅 Date: 7 June 2026 (Sunday)
Time: 8:00 AM – 5:30 PM
📍 Venue: UMPSA Library, Pekan Campus

Highlights of the Program:

  • TVET Forum: Monozukuri & The Future of TVET
  • Language & Cultural Booths
  • Fukuwarai, Ball Sukui & Ringo Ame Making Activities
  • Technical Laboratory Tours
  • Origami Competition
  • Japanese Cultural Exhibitions and Performances
  • Japanese Food and Various Interactive Activities

🎯 This program is open to all UMPSA students and staff who are interested in:
✅ Exploring Japanese culture and work ethics
✅ Learning about the latest developments in TVET technology and innovation
✅ Expanding international networks and academic collaboration opportunities
✅ Experiencing a unique learning environment that combines education, technology, and culture

📢 Don’t miss this opportunity to be part of an international program that brings together education, technology, and culture on a single dynamic platform.

Join us and support the advancement of TVET towards global excellence!

Giving Back Through Knowledge FTKEE UMPSA Brings AI Education Beyond Borders Through CSR Initiative

Giving Back Through Knowledge FTKEE UMPSA Brings AI Education Beyond Borders Through CSR Initiative

Demonstrating its commitment to community engagement and social responsibility, the Faculty of Electrical and Electronic Engineering Technology (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), extended its impact beyond national borders through a meaningful Artificial Intelligence (AI) outreach initiative in Brunei.
 
Following the successful completion of a three-day Train the Trainers (TTT) Programme at Universiti Teknologi Brunei (UTB), Assoc. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim continued his contribution by conducting a special “AI Awareness” session for Year 12 (Pre-University/Sixth Form) students under Brunei's Ministry of Education.
Hosted by the Artificial Intelligence and Machine Learning (AiML) Lab, UTB, the session introduced students from diverse academic backgrounds to the exciting world of AI through an engaging and hands-on learning experience.
 
In just one hour, participants explored fundamental AI concepts and successfully developed their own AI models using Google’s Teachable Machine—without the need for coding skills or specialised hardware. What began as curiosity quickly transformed into enthusiasm as students experienced firsthand how accessible and impactful AI technologies can be.
 
This initiative reflects FTKEE’s belief that education extends beyond classrooms and borders. Through knowledge sharing, community engagement, and capacity building, FTKEE remains committed to inspiring future innovators and nurturing technological awareness among younger generations across the region.
By empowering students with early exposure to emerging technologies, FTKEE continues to play its role in shaping a future-ready society while strengthening regional collaboration in science, technology, and innovation.
Dirgahayu Tuanku

Dirgahayu Tuanku

DIRGAHAYU TUANKU
 
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.
 
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan dan keberkatan.
Daulat Tuanku! 
Selamat Hari Raya Aidiladha 2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026

Marilah kita memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS serta menghayati erti sebenar pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Korban bukan hanya tentang penyembelihan, tetapi tentang keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang sesama insan.

Semoga ibadah korban kita diterima oleh-Nya dan membawa keberkatan serta rahmat dalam kehidupan kita. Raikan Hari Raya Aidiladha dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang bersama keluarga, sahabat handai dan seluruh umat Islam.

DEWBoard Terus Mencipta Fenomena di Pentas Inovasi Antarabangsa!

DEWBoard Terus Mencipta Fenomena di Pentas Inovasi Antarabangsa!

Tahniah diucapkan kepada Ts. Nurul Wahidah Arshad dan pasukan projek DEWBoard
atas kejayaan membanggakan di ITEX 2026 apabila bukan sahaja meraih Gold Medal, malah turut menerima pengiktirafan khas Best Women Inventor. Kejayaan ini membuktikan bahawa inovasi yang dihasilkan bukan sahaja berimpak tinggi, malah mampu mencuri perhatian juri di peringkat antarabangsa menerusi idea kreatif, penyelesaian pintar dan nilai inovasi yang luar biasa.
 
Projek ini diketuai oleh Ts. Nurul Wahidah Arshad bersama ahli kumpulan:
• PM Ts. Dr. Mawardi
• Pn. Farizan
• Ts. Dr. Rohana
• Ts. Dr. Md Rizal
• En. Azri
Lebih membanggakan, projek DEWBoard sebelum ini turut pernah dinobatkan sebagai Best of the Best sempena CITREX UMPSA 2025 satu bukti konsisten kecemerlangan penyelidikan dan inovasi warga FTKEE.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi buat seluruh warga universiti untuk terus berani mencipta, berinovasi dan melakar kejayaan di persada dunia.
 
[UMPSA NEWS] UMPSA raih 6 pingat, Ts. Nurul Wahidah dinobat Best Women Inventor Award dalam ITEX 2026

[UMPSA NEWS] UMPSA raih 6 pingat, Ts. Nurul Wahidah dinobat Best Women Inventor Award dalam ITEX 2026

KUALA LUMLUR, 19 Mei 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus melakar kejayaan membanggakan apabila meraih empat pingat emas dan dua pingat perak dalam 37th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2026 yang berlangsung pada 18 hingga 20 Mei 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Lebih membanggakan, pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Ts. Nurul Wahidah Arshad turut menerima pengiktirafan khas Best Woman Inventor Award menerusi inovasi DEWBoard©️, sekali gus mengangkat nama UMPSA di pentas antarabangsa.

Penyelidikan DEWBoard©️ merupakan kit pembelajaran elektronik digital yang dibangunkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kursus elektronik digital secara lebih interaktif, praktikal dan mesra pengguna.

Menurut Ts. Nurul Wahidah, inovasi ini direka khas untuk membantu pelajar memahami konsep litar digital melalui pendekatan pembelajaran secara hands-on tanpa terlalu bergantung kepada kemudahan makmal yang kompleks.

“Kit pembelajaran ini mempunyai reka bentuk kompak dan mudah alih, menggunakan kuasa rendah dan hanya memerlukan USB power bank sebagai sumber tenaga.

“Selain itu, DEWBoard©️ juga tidak memerlukan pendawaian rumit dan penggunaan peralatan makmal berskala besar, sekali gus menjadikannya lebih fleksibel serta sesuai digunakan dalam bilik kuliah dan aktiviti pembelajaran TVET.'

Sumber: UMPSA raih 6 pingat, Ts. Nurul Wahidah dinobat Best Women Inventor Award dalam ITEX 2026 | UMPSA News

FTKEE UMPSA Shines at ITEX 2026!

FTKEE UMPSA Shines at ITEX 2026!

Heartiest congratulations to the researchers and innovators of the Faculty of Electrical and Electronic Engineering Technology (FTKEE) for their outstanding achievements at ITEX 2026, bringing home remarkable recognition through high-impact innovative projects.

Out of the total six projects presented in the competition, four projects were from FTKEE  and all successfully won medals — further proving the capability and excellence of FTKEE members on the international innovation stage.

🥇 Special Award - Best Women Inventor

  • Ts. Nurul Wahidah Arshad
    DEWBoard©️

🥇 Gold Medal

  • Dr. Syukran Hakim Norazman
    CAMKenderaan Black Box for Vehicle Forensic Investigation
  • Ts. Nurul Wahidah Arshad
    DEWBoard©️
  • Ts. Muhamad Ridzuan Radin Muhamad Amin
    Smart IoT Electrical Monitoring System for Energy Efficiency in Homes and Industries

🥈 Silver Medal

  • Ts. Mohd Hisyam Mohd Ariff
    WaveExtend 5G Antenna for Wireless Router

This achievement not only reflects FTKEE’s excellence in research and innovation but also demonstrates that the faculty’s ideas, expertise, and dedication are capable of competing and gaining recognition at the international level.

Keep moving forward, keep innovating, and continue bringing honour to FTKEE and the university on the global stage.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network