Majlis Khatam Al-Quran FTKEE
Semua warga FTKEE dijemput untuk sama-sama memeriahkan Majlis Khatam Al-Quran FTKEE yang dianjurkan oleh Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dengan kerjasama Kelab SEHATI FTKEE.
📅 Tarikh: 17 Mac 2026 (Selasa)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 11.00 pagi
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, FTKEE
👕 Digalakkan memakai baju raya untuk sesi bergambar bersama warga fakulti.
📌 Tentatif Program:
8.00 pagi – Ketibaan staf dan jemputan
8.15 pagi – Sesi Bergambar Raya
9.00 pagi – Ucapan Alu-aluan
9.05 pagi – Bacaan Doa
9.10 pagi – Ucapan Dekan
9.20 pagi – Penyampaian Sumbangan kepada Cleaner FTKEE & Staf Terpilih
10.00 pagi – Majlis Khatam Al-Quran
10.40 pagi – AGM Persatuan SEHATI FTKEE
11.00 pagi – Bersurai
✨ Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan ukhuwah sesama warga FTKEE.
