Official Website    

Lawatan Akademik Projek Capstone ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Pekan

Lawatan Akademik Projek Capstone ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Pekan

Telah berlangsung Lawatan Akademik Projek Capstone ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Pekan, bertempat di Rumah Pam Skim Paya Pulau Jawa. Lawatan ini disertai oleh tiga orang pelajar Projek Capstone daripada program Bachelor of Engineering Technology (BTS) iaitu Dyrand Yesiling Katuaya, Muhammad Nur Iskandar bin Sufian, dan Amirul Haziq bin Abd Mutalib, dengan bimbingan Ts. Dr. Mohd Riduwan bin Ghazali selaku pensyarah pengiring.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sistem pemantauan paras sungai secara masa nyata (Real-Time River Level Monitoring and Early Warning System) yang dilaksanakan oleh pihak JPS. Melalui sesi taklimat dan lawatan tapak, pelajar berpeluang memahami dengan lebih mendalam operasi sebenar sistem berasaskan teknologi IoT yang digunakan dalam pemantauan dan amaran awal paras air Sungai Pahang.

Sepanjang sesi tersebut, para pelajar berinteraksi dengan pegawai JPS bagi mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan pelbagai jenis sensor aras air, tolok hujan automatik, kamera pemantauan, serta mekanisme penghantaran data masa nyata ke pusat kawalan JPS. Lawatan turut merangkumi sesi soal jawab bersama pegawai teknikal bagi membincangkan aspek penggunaan data hidrologi serta penyelenggaraan sistem.

Secara keseluruhan, lawatan ini telah memberi pengalaman berharga kepada pelajar dalam mengaitkan teori dan amalan sebenar di lapangan, di samping memperkukuh kemahiran teknikal serta kefahaman terhadap aplikasi teknologi kejuruteraan dalam bidang pengurusan sumber air.

Lawatan Ilmiah Kadet JPJ Ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FTKEE), UMPSA

Lawatan Ilmiah Kadet JPJ Ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FTKEE), UMPSA

PEKAN, 29 OKTOBER 2025 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan lawatan pembelajaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
 
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar Kadet JPJ mengenai bidang teknologi kejuruteraan elektrik dan elektronik serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan teknologi dalam industri automotif dan sistem pengangkutan moden.
 
Delegasi lawatan telah disantuni oleh Ts. Muhammad Ikram bin Mohd Rashid, Pengarah Pusat Kejuruteraan Automotif (COE) merangkap Felo Penyelidik Utama, yang turut berkongsi pandangan serta perkembangan terkini dalam bidang teknologi automotif dan kejuruteraan pintar di UMPSA.
[Utusan Malaysia] AI mampu tangani bencana alam?

[Utusan Malaysia] AI mampu tangani bencana alam?

BENCANA alam merupakan suatu tragedi yang memberi impak yang sangat besar kepada negara dan masyarakat. Kehilangan nyawa dan harta benda, kerosakan tempat tinggal dan infrastruktur merupakan antara bahana yang terpaksa dihadapi setiap kali berlaku bencana alam. Jabatan Perangkaan menerusi Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia pada 2023 menunjukkan negara mencatatkan kerugian RM755.4 juta bersamaan 0.04 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Hasil Penulisan Artikel: Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Nasir

Rujukan: AI mampu tangani bencana alam?

Seminar Siri 1 BEL3111 di FTKEE UMPSA

Seminar Siri 1 BEL3111 di FTKEE UMPSA

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA melalui Jawatankuasa Engineering Design Principle/Integrated Design Project (EDP/IDP) telah menganjurkan Seminar Siri 1: Engineering Design Principle & Design Thinking Mindset khusus untuk pelajar kursus BEL3111 – Engineering Design Principle.Seminar yang diadakan pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Kuliah PBM, UMPSA Pekanini bertujuan memberi pencerahan dan hala tuju awal kepada pelajar sebelum memulakan pemilihan tajuk projek masing-masing.
 
Taklimat utama telah disampaikan oleh Ir. Dr. Zaihah dibantu oleh Dr. Syahiman dan Ts. Dr. Nurhafizah selaku koordinator kursus. Sesi turut dimeriahkan dengan perkongsian daripada Assoc. Prof. Ir. Dr. Zahim yang memberikan gambaran menyeluruh tentang proses reka bentuk kejuruteraan — bermula daripada pengenalpastian masalah, penjanaan idea, sehinggalah kepada penyelesaian kreatif.
 
Antara fokus utama seminar ini ialah cara mengenal pasti dan merumuskan problem statementyang relevan, langkah-langkah menjalankan tinjauan serta temu bual bersama klien atau pihak industri, dan aplikasi Design Thinking dalam menjadikan cabaran sebagai peluang inovasi. Melalui sesi ini, pelajar bukan sahaja memahami struktur dan kriteria projek, tetapi juga membina asas pemikiran reka bentuk yang holistik.
 
Secara keseluruhan, seminar ini menjadi titik permulaan penting dalam membantu pelajar menguasai prinsip asas reka bentuk kejuruteraan dan memupuk Design Thinking Mindset ke arah inovasi yang lestari, kreatif dan berimpak — sekaligus menyediakan mereka untuk pelaksanaan Integrated Design Project (IDP) pada semester akan datang (2526II).
Sesi Perkongsian: Strategi Dan Panduan Geran "Teaching & Learning"

Sesi Perkongsian: Strategi Dan Panduan Geran "Teaching & Learning"

Jom dengar sendiri pengalaman dua penyelidik FTKEE yang berjaya! 

Khamis, 23 Oktober 2025

2.30 – 4.30 petang

Bilik Mesyuarat Utama, FTKEE UMPSA


Penceramah:
1) Puan Nurul Wahidah Binti Arshad
Ketua Projek PPU230104
Development of a Mini Digital Trainer for Enhancing Digital Electronics Teaching Delivery

2) Ts. Dr. Mohd Shafie Bin Bakar
Ketua Projek PPU230111
Assessing the Influence of Integrating Classpoint Technology in Electrical Engineering Course

 Ayuh sertai untuk ketahui strategi & tips penyediaan geran Teaching & Learning secara efektif!
 Terbuka kepada semua staf akademik FTKEE

AccessEngineering User Training Session

AccessEngineering User Training Session

Join us to explore McGraw Hill AccessEngineering, a premier resource for engineering learning and research!

🗓 Date: 27 October 2025 (Monday)
⏰ Time: 2:30 PM (Kuala Lumpur)
📍 Online Session

✅ Learn how to maximize AccessEngineering for your studies & research
✅ Get tips on using tools, videos and textbooks effectively

🔗 Scan the QR code to register now!
💻 Meeting ID: 845 8247 1021

Webinar: Empower Your Research with ScienceDirect

Webinar: Empower Your Research with ScienceDirect

📘 Learn literature search tips and personalised tools to stay updated in your field
💡 Explore journals & ebooks available on ScienceDirect
🌐 Activate and use remote access with ease

🗓 Date: 31 October 2025 (Friday)
🕙 Time: 10.00 am
📍 Location: Online
⏱ Duration: 60 minutes

🎙 Speaker: Ling Yu Lang, Appointed Trainer, Elsevier

📲 Register now by scanning the QR code!
Don’t miss this chance to enhance your research skills with ScienceDirect!

IEEE Xplore Platform Training

IEEE Xplore Platform Training

Discover how to make the most of the IEEE Xplore Digital Library for your research and studies!

🗓 Date: 30 October 2025 (Thursday)
⏰ Time: 10:00 am – 11:00 am
👤 Speaker: Alex Liu, Manager, Client Services, Asia – IEEE

✅ Learn powerful search techniques
✅ Explore journals, conferences, and standards
✅ Tips to maximize research visibility

🔗 Scan the QR code to register now!

Hebahan Program Siri Transformasi Eksekutif Perdana (Step) Bil. 24/2025 – Kerja Selamat, Hidup Selamat: Kesedaran Kebakaran & Bencana

Hebahan Program Siri Transformasi Eksekutif Perdana (Step) Bil. 24/2025 – Kerja Selamat, Hidup Selamat: Kesedaran Kebakaran & Bencana

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Bakat, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan menganjurkan Siri Transformasi Eksekutif Perdana (STEP) Bil. 24/2025 pada ketetapan seperti berikut:

Tajuk : Kerja Selamat, Hidup Selamat: Kesedaran Kebakaran & Bencana
Tarikh : 22 Oktober 2025 (Rabu)
Masa : 10:00 pagi – 11:00 pagi
Penceramah : Encik Mohammad Malindo bin Mohamad Arip, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Pautan :

Microsoft Teams - https://tinyurl.com/Kesedaran-Kebakaran-Bencana

Scopus AI: Unlocking Deep Research Insights and Advanced Content Exploration

Scopus AI: Unlocking Deep Research Insights and Advanced Content Exploration

Discover the latest advancements in Scopus AI and learn how to harness its innovative features for deeper research analysis and smarter content exploration.

🗓️ Date: 20 October 2025 (Monday)
🕒 Time: 3.00 pm
👩‍🏫 Speaker: Lucia Schoombee, Senior Customer Success Consultant, Elsevier

📲 Scan the QR code to register and secure your spot!

Don’t miss this opportunity to enhance your research capabilities with Scopus AI.

 

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network