Enhancement Workshop at POLISAS: Road To Writing The Final Year Project (FYP) Final Report
Program Enhancement Workshop: Road to Writing the Final Year Project (FYP) Final Report telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 3 April 2026 bertempat di Auditorium JKE, POLISAS.
Bengkel ini telah disertai oleh pelajar JKE DEE40202 (Project 1) yang memberikan komitmen tinggi sepanjang sesi berlangsung. Program ini turut menampilkan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat daripada dua penceramah jemputan dari FTKEE UMPSA iaitu Profesor Madya Dr. Abu Zaharin bin Ahmad dan Ts. Dr. Mohd Shafie bin Bakar.
Melalui bengkel ini, para pelajar telah didedahkan dengan teknik dan panduan penulisan laporan Projek Tahun Akhir (FYP) yang lebih sistematik, berkesan serta memenuhi keperluan akademik.
Pihak JKE POLISAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada staf FTKEE UMPSA dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dalam menghasilkan laporan projek yang berkualiti.
