Hari Pemantapan dan Libat Urus Pelajar Pascasiswazah (Penyelidikan) FTKEE 2026
Program ini diadakan sebagai inisiatif untuk memperkukuh kefahaman pelajar pascasiswazah (penyelidikan) terhadap hala tuju serta keperluan pengajian mereka secara lebih jelas dan tersusun. Melalui sesi libat urus bersama Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) FTKEE, pelajar turut diberi peluang untuk berinteraksi secara langsung dalam suasana komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan konstruktif.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan kecemerlangan penyelidikan dalam kalangan pelajar melalui perkongsian panduan, pengalaman serta sokongan akademik yang berterusan. Diharapkan usaha ini dapat membantu pelajar merancang perjalanan pengajian dengan lebih yakin, sistematik dan berfokus ke arah kejayaan.
