Taklimat Keselamatan Bengkel FTKEE 2026
Keselamatan bukan pilihan, tetapi keutamaan. Setiap pelajar yang terlibat dengan penggunaan bengkel perlu memahami tatacara yang betul bagi mengelakkan sebarang risiko dan memastikan persekitaran kerja yang selamat. Sehubungan itu, semua pelajar yang mengambil kursus terlibat diwajibkan hadir ke Taklimat Keselamatan dan Tatacara Penggunaan Bengkel FTKEE. Taklimat ini penting sebagai persediaan awal sebelum menjalankan sebarang aktiviti amali di bengkel.
Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Lokasi: Dewan Kuliah 1 (DK1), FTKMA
Kehadiran adalah WAJIB bagi kursus yang terlibat. Jangan ambil mudah aspek keselamatan lindungi diri, rakan dan persekitaran anda.
Bersama kita amalkan budaya kerja selamat dan berdisiplin.
