Official Website    

Bengkel Perancangan Strategik FTKEE UMPSA 2026

Bengkel Perancangan Strategik FTKEE UMPSA 2026

FTKEE melaksanakan Bengkel Perancangan Strategik Tahun 2026 sebagai komitmen memperkukuh hala tuju fakulti melalui perancangan yang lebih tersusun, menyeluruh dan berimpak.
 
Bengkel ini bertujuan menilai pencapaian tahun 2025, menyemak draf perancangan sedia ada serta memuktamadkan strategi dan pelan tindakan yang selari dengan aspirasi dan KPI UMPSA bagi tahun 2026.
 
Melalui sesi libat urus dan perbincangan strategik, warga fakulti bersama-sama merangka keutamaan baharu, mengenal pasti ruang penambahbaikan dan memastikan setiap inisiatif akademik, penyelidikan, inovasi, pengantarabangsaan serta pentadbiran dapat dilaksanakan dengan lebih berfokus dan berdaya saing.
 
Bengkel Perancangan Strategik Tahun 2026 ini turut menjadi wadah penting untuk memperkukuh kesepakatan warga fakulti dalam merangka keutamaan strategik yang lebih fokus dan berimpak.
Melalui sesi libat urus, perbincangan berkumpulan dan semakan semula dokumen perancangan, bengkel ini berperanan sebagai platform untuk menilai keberkesanan inisiatif sedia ada serta mengenal pasti ruang penambahbaikan yang boleh digarap bagi meningkatkan kecemerlangan fakulti secara holistik.
Program Mobiliti Staf FTKEE UMPSA 2025

Program Mobiliti Staf FTKEE UMPSA 2025

Tianjin University, China | 24 November – 5 Disember 2025
 
Inisiatif mobiliti staf ini merupakan usaha menyahut Agenda Transformasi 1 Amanat Naib Canselor UMPSA 2025 Memperkukuh dan Memajukan Potensi Individu yang memberi penekanan kepada pembangunan bakat, pemerkayaan ilmu serta peningkatan kemahiran dalam kalangan warga universiti. Program ini turut memperkukuh agenda pengantarabangsaan UMPSA melalui jaringan strategik bersama universiti terkemuka dunia.
 
Lawatan mobiliti ini disertai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Anwar bin Zawawi dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ke Tianjin University, China, dengan sesi libat urus bersama:
 
- Prof. Tan Chao, Dean, School of Electrical and Information Engineering (Industrial Sensors)
- Prof. Deng Bin, Deputy Dean Academics (Neuron System & Control)
- Assoc. Prof. Dr. Shangjie Ren, Assistant Dean, Person-in-Charge Mobility (Process Tomography)
 
Naib Canselor dalam ucapannya menzahirkan harapan agar peserta mobiliti dapat memanfaatkan peluang ini untuk meneroka pengetahuan baharu, berkongsi amalan terbaik serta memperluas jaringan kerjasama akademik dan industri di peringkat global. Beliau menegaskan bahawa pengalaman seperti ini mampu memberi impak signifikan terhadap pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan geran bersama, seterusnya menyumbang kepada kelestarian universiti dalam jangka panjang.
 
Naib Canselor turut menekankan bahawa para peserta merupakan duta mobiliti yang membawa imej UMPSA ke peringkat antarabangsa serta berperanan sebagai pemimpin perubahan dalam landskap universiti. Sekiranya inisiatif ini berjaya mencapai sasaran, program mobiliti staf akan diperkukuh dan diteruskan pada tahun-tahun mendatang.
FTKEE UMPSA Raih Kemenangan di NMEPC 2025

FTKEE UMPSA Raih Kemenangan di NMEPC 2025

Pasukan FTKEE UMPSA sekali lagi membuktikan kemampuan inovasi teknologi apabila berjaya merangkul kemenangan melalui Kategori Produk Terbaik di National Micro Enterprise Pitching Competition (NMEPC) 2025.
 
Pertandingan ini merupakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), berlangsung pada 24–25 November 2025, dan telah disertai oleh 38 pasukan dari IPTA dan IPTS seluruh negara.
 
Pasukan ini diketuai oleh pelajar Sudhish Rao A/L Narasinga Rao (EL22019) dan Sooriyar A/L Ravindran (EC21068) di bawah bimbingan Dr. Nur Huda Binti Ramlan.
Inovasi CropFit Compost Maker dibangunkan bagi menyelesaikan masalah lambakan sisa cendawan tiram di ladang, serta mengurangkan masa dan tenaga yang biasanya diperlukan dalam proses menghasilkan kompos secara manual.
 
Penyertaan FTKEE bagi pertandingan ini digerakkan melalui inisiatif Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif (PUPUK) UMPSA, yang turut menguruskan proses penyertaan, persiapan serta logistik pasukan sepanjang program tersebut.
 
Fakulti turut merakamkan penghargaan kepada rakan industri Ada Fresh Farm atas sokongan dan kerjasama dalam pembangunan produk ini.
Syabas kepada seluruh pasukan!
[UMPSA NEWS] FTKEE–Industry Forum & Networking Day Tingkatkan Jalinan Industri Teroka Peluang Kerjasama

[UMPSA NEWS] FTKEE–Industry Forum & Networking Day Tingkatkan Jalinan Industri Teroka Peluang Kerjasama

PEKAN, 25 November 2025 - Penganjuran FTKEE–Industry Forum & Networking Day berjaya menarik minat 19 wakil industri hadir bagi meneroka peluang kerjasama dan berkongsi kepakaran dengan penyelidik daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). 

Hadir merasmikan program Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMPSA, Profesor Ts. Dr. Aida  Mustapha. 

Turut sama Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE),  Profesor Ts. Dr. Hamzah Ahmad.  

Menurut Profesor Ts. Dr. Aida  yang hadir mewakili Naib Canselor UMPSA berkata, program ini membuka ruang kepada perkongsian keperluan penyelidikan, peluang kerjasama geran industri/matching, penerbitan bersama, penyeliaan pelajar pascasiswazah, latihan industri serta pemindahan teknologi.

“Saya percaya forum dan sesi jaringan hari ini bukan sahaja membuka ruang perbincangan tetapi menjadi landasan untuk memperkukuh hubungan yang berpanjangan antara UMPSA dan industri. 

“Malahan kolaborasi yang berterusan ini juga dapat meneroka peluang bersama dalam penyelidikan terapan, pembangunan teknologi baharu serta perkongsian kepakaran yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” ujarnya. 

Sumber: FTKEE–Industry Forum & Networking Day tingkatkan jalinan industri teroka peluang kerjasama | UMPSA News

Lawatan Penandarasan Program Teknologi Elektrik, Kolej Vokasional (KV) Temerloh ke FTKEE

Lawatan Penandarasan Program Teknologi Elektrik, Kolej Vokasional (KV) Temerloh ke FTKEE

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA dengan berbesar hati menerima kunjungan daripada Program Teknologi Elektrik, Kolej Vokasional (KV) Temerloh dalam sesi penandarasan yang memberi tumpuan kepada perkongsian amalan terbaik berkaitan pengurusan fail eviden akreditasi MBOT, pengurusan program diploma, penulisan laporan CLO, PLO dan PEO serta proses penambahbaikan program (CQI).
 
Delegasi dari KV Temerloh diketuai oleh Roslan Bin Abu Hassan, Ketua Jabatan, bersama Ts. Mohd Azreen Reza Bin Sallehuddin, Ketua Program; Mohd Fadzil Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Program; serta dua orang pensyarah iaitu Roslan Bin Ab. Aziz dan Zuraiah Binti Sulaiman.
 
FTKEE amat menghargai lawatan ini dan berharap kerjasama strategik antara FTKEE dan KV Temerloh dapat diperkukuh demi mempertingkatkan kualiti pendidikan TVET dan pembangunan modal insan dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Semangat Tidak Pernah Pudar – Dhino Thunder SUKFAC 2025

Semangat Tidak Pernah Pudar – Dhino Thunder SUKFAC 2025

Pasukan Dhino Thunder berjaya menamatkan SUKFAC 2025 di tempat ke-4.Walaupun tidak mempertahankan kejuaraan seperti tahun lalu, pasukan tetap mempamerkan semangat juang luar biasa dengan pencapaian:
- 3 Emas
- 1 Perak
- 4 Gangsa
Satu usaha yang sangat membanggakan!Dhino Thunder akan bangkit lebih kuat pada edisi akan datang.
TAHNIAH diucapkan kepada semua atlet, pengurus pasukan (staf & pelajar), EEES, ULTRAS serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Tahun depan kita kembali ke puncak. InsyaAllah!
Lawatan Penanda Aras Kolej Vokasional Wakaf Tembesu Kuala Terengganu Ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Lawatan Penanda Aras Kolej Vokasional Wakaf Tembesu Kuala Terengganu Ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

21 November 2025 | UMPSA Pekan
 
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini menerima kunjungan rasmi daripada Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu bagi sesi lawatan penanda aras ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) serta Perpustakaan UMPSA Pekan.
 
Seramai 35 pelajar bersama 3 tenaga pengajar hadir dalam lawatan tersebut yang dimulakan dengan sesi taklimat akademik umum oleh Dr. Nurul Fadzilah binti Hasan, Penyelaras Unit Promosi FTKEE UMPSA. Sesi diteruskan dengan pembentangan program-program FTKEE oleh Ts. Dr. Wan Ismail bin Ibrahim, Ketua Program BVE, yang turut berkongsi peluang pengajian serta perkembangan teknologi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.
 
Pelajar kemudiannya dibawa melawat ke beberapa makmal pengajaran dan penyelidikan FTKEE, memberikan mereka peluang melihat secara dekat kemudahan pembelajaran berteknologi tinggi yang digunakan di UMPSA.
 
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar Kolej Vokasional mengenai suasana pembelajaran di universiti awam, selain memperkenalkan program-program pengajian yang relevan untuk lepasan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di UMPSA.
 
Pihak universiti berharap kunjungan ini dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik serta menjadikan UMPSA sebagai destinasi pilihan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi
FTKEE–Industry Forum & Networking 2025

FTKEE–Industry Forum & Networking 2025

We are pleased to share that the FTKEE–Industry Forum & Networking 2025 will be held soon. You are warmly invited to join us for a day of collaboration, knowledge sharing, and networking with industry partners.

 Date: 25th November 2025 (Tuesday)
 Time: 9:00 AM – 5:00 PM
 Venue: DK 2 , FTKEE, UMPSA Pekan


This event is organized by the Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) and aims to:
 - Strengthen academia–industry collaboration
 - Build future-ready talent and innovation
 - Explore joint research opportunities and grant matching

We look forward to your participation!
Let’s connect, collaborate, and create new opportunities together.

IEEE Publication Workshop

IEEE Publication Workshop

Interested in publishing with IEEE? Don’t miss this authorship training designed for postgraduate students, researchers and faculty members!

📅 Monday, 24 November 2025
🕝 2:30 pm – 4:00 pm
📍 Makmal Komputer, Perpustakaan UMPSA, Kampus Pekan

🎯 Open to all UMPSA academic staff and postgraduate students!

🔗 Register now by scanning the QR code on the poster or by clicking: https://myqrlink.umpsa.edu.my/c70e0

Plogging @ Pantai Tanjung Gosong Sempena Hari Antartika Sedunia

Plogging @ Pantai Tanjung Gosong Sempena Hari Antartika Sedunia

Warga FTKEE turut turun padang menjayakan Program Plogging anjuran Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC) dengan kerjasama Kelab Eco Nexus UMPSA, bertempat di Pantai Tanjung Gosong pada 14 November 2025.
 
Diketuai Profesor Madya Ir. Dr. Muhamad Zahim bin Sujod, para sukarelawan FTKEE berganding bahu membersihkan kawasan pantai sebagai usaha meningkatkan kesedaran kelestarian dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Kehadiran Dr. Suhaidah binti Hussain, Pengarah Pusat Pembangunan Kelestarian, turut menyuntik semangat kepada para peserta.
 
Menariknya, hasil kutipan sampah pada kali ini mencecah 190kg, meliputi plastik, kaca dan sisa-sisa lain yang berpotensi menjejaskan hidupan marin. Dalam sesi perkongsian ringkas, Dr. Muhamad Zahim menjelaskan bagaimana pencemaran plastik di Malaysia boleh memberi kesan sejauh Antartika. Mikroplastik yang terhasil daripada sisa plastik boleh dibawa oleh arus laut merentasi negara dan benua dan kajian telah membuktikan kehadirannya di perairan Antartika, sekali gus mengganggu ekosistem unik di benua sejuk itu. Setiap tindakan kecil membawa perubahan besar.Terima kasih kepada semua sukarelawan atas komitmen dan semangat menjaga kelestarian bumi!
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network