Tahniah diucapkan Kepada Syarikat Pelajar RedRoots Agro Technology yang Mewakili UMPSA dalam Program IoT Top Agropreneur 2.0
Tahniah diucapkan kepada syarikat pelajar RedRoots Agro Technology yang mewakili UMPSA dalam Program IoT Top Agropreneur 2.0 telah menerima Anugerah Khas sempena Majlis Penutup Program IoT Incubator Top Agropreneurs 2.0 yang berlangsung pada 11 Januari 2026 di Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Program ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia.
Pasukan Pelajar:
• Sudhish Rao A/L Narasinga Rao – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
• Muhamad Aqil Izzat Bin Azaman – Fakulti Pengurusan Industri
• Muhammad Izzat Haiqal Bin Idris – Fakulti Komputeran
• Nurul Shazwanie Binti Mohd Yazid – Fakulti Pengurusan Industri
Mentor:
• Dr. Nurul Ashykin Binti Abd Aziz – Fakulti Pengurusan Industri
