Official Website    

Peramu Vanguard Raih Johan Pertandingan KIK JBPM Negeri Pahang 2025

Peramu Vanguard Raih Johan Pertandingan KIK JBPM Negeri Pahang 2025

Dua wakil daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), iaitu Ts. Dr. Saifudin Bin Razali dan En. Mohammad Malindo Bin Mohamad Arip, telah bergabung tenaga bersama Balai Bomba dan Penyelamat Peramu dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang 2025 bagi Kategori Hybrid.

Hasil kolaborasi ini lahirlah pasukan Peramu Vanguard, yang tampil dengan projek inovasi Magma V3 – Rimbafire Kit. Inovasi tersebut menekankan elemen mudah, murah, selamat, berkesan, berkualiti dan ringan, sekali gus memberi impak besar dalam meningkatkan kecekapan operasi pemadaman kebakaran di lapangan.

Dedikasi, kreativiti dan kerjasama erat antara akademia serta pasukan bomba akhirnya membuahkan hasil apabila Peramu Vanguard dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan KIK JBPM Negeri Pahang 2025.

Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan, malah menjadi bukti kukuh bahawa sinergi antara institusi pendidikan tinggi dan agensi penyelamat mampu memperkukuh budaya inovasi serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan untuk masyarakat. Peramu Vanguard kini bersedia menggalas cabaran seterusnya dengan mewakili JBPM Pahang ke peringkat kebangsaan.

Surveillance Audit MS ISO 9001:2015 UMPSA 2025 Kepada Fakulti

Surveillance Audit MS ISO 9001:2015 UMPSA 2025 Kepada Fakulti

FTKEE antara fakulti yang akan melalui sesi audit ini pada 25 September 2025.

Tujuan penilaian ini adalah untuk menentukan tahap pematuhan sistem pengurusan kualiti klien terhadap keperluan standard ISO 9001:2015. Ia juga bertujuan menilai keupayaan sistem pengurusan dalam memastikan klien mematuhi segala keperluan statutori, peraturan serta kontrak yang berkenaan.

Selain itu, penilaian ini turut menekankan keberkesanan sistem pengurusan bagi memastikan klien boleh menjangkakan pencapaian objektif yang telah ditetapkan secara munasabah. Di samping itu, penilaian ini dijalankan bagi mengenal pasti bidang yang berpotensi untuk penambahbaikan dalam sistem pengurusan.

FTKEE Bawa Dunia STEM ke INSTAR: CSR, Inovasi Sosial & Pemindahan Ilmu 2025

FTKEE Bawa Dunia STEM ke INSTAR: CSR, Inovasi Sosial & Pemindahan Ilmu 2025

Program CSR, Inovasi Sosial & Pemindahan Ilmu anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA telah berlangsung dengan penuh meriah pada 24 September 2025 bertempat di SBP Integrasi Tun Abdul Razak (INSTAR).

Program ini memberi peluang kepada pelajar INSTAR untuk meneroka dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan, antaranya: Pertandingan Dron & Simulasi Dron Whoop, Pengenalan Ground Robot & Underwater Robot (ROV), Eksperimen Tenaga Elektrik & Tenaga Boleh Diperbaharui disertai Kuiz Tenaga SERTA Eksplorasi Kecerdasan Buatan (AI), Machine Learning & Optimization.

Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pensyarah, pelajar, fasilitator serta seluruh warga INSTAR atas kerjasama dan sokongan yang padu.

Semoga inisiatif ini bukan sahaja menyalakan minat pelajar terhadap teknologi masa hadapan, malah memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan komuniti dalam mendokong aspirasi pendidikan negara.

FTKEE UMPSA Researchers Recognized in the Stanford-Elsevier "Top 2% Scientists 2025"

FTKEE UMPSA Researchers Recognized in the Stanford-Elsevier "Top 2% Scientists 2025"

A total of 25 UMPSA researchers have been listed among the World's Top 2% Scientists in the categories of Career-Long Achievement and Single Year Achievement, based on data recently released by Elsevier BV, Stanford University, USA.

Congratulations to Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Herwan Bin Sulaiman and Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Ashraf Bin Ahmad on this outstanding achievement.

Pertandingan Go Green EKSA UMPSA 2025

Pertandingan Go Green EKSA UMPSA 2025

Pertandingan Go Green EKSA UMPSA 2025
 
Tempat Kedua
Zon Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Syabas kepada JK EKSA FTKEE
 
Zon Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik: https://www.facebook.com/share/v/1B86QgRtaJ/?mibextid=wwXIfr
Tahniah buat semua pemenang Pingat dalam Karnival Sukan MASUM 2025

Tahniah buat semua pemenang Pingat dalam Karnival Sukan MASUM 2025

Tahniah Sharvin a/ Kanapathy dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA kerana berjaya meraih Pingat Perak buat UMPSA Malaysia dalam acara Taekwondo kategori Kyorugi Lelaki Bawah 87kg di Karnival Sukan MASUM 2025.

Pemakluman Staf Baharu

Pemakluman Staf Baharu

Selamat datang diucapkan kepada Dr. Syamimi binti Mohd Norzeli yang telah melapor diri pada 17 September 2025 (Rabu) sebagai warga Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE).

Semoga kehadiran beliau dapat menyemarakkan lagi kecemerlangan fakulti dalam bidang akademik, penyelidikan dan inovasi.

Penglibatan Antarabangsa Pensyarah FTKEE

Penglibatan Antarabangsa Pensyarah FTKEE

Pada 17 September 2025, Ts. Dr. Mohd. Shafie telah menerima undangan daripada Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia untuk menyampaikan ucaptama dalam The 7th Vocational Education International Conference yang bertemakan “Future Challenges of Smart Teaching and Learning in Vocational Education”.

Pembentangan beliau telah berlangsung secara maya selama 45 minit termasuk sesi soal jawab. Antara pengisian yang diketengahkan merangkumi definisi serta cabaran utama Smart Teaching and Learning, perkongsian kajian kes berkenaan pelaksanaan SULAM dan strategi pembelajaran aktif berasaskan AI menggunakan ClassPoint, serta cadangan strategi masa hadapan dalam memperkukuh pendidikan vokasional.

Tahniah diucapkan kepada Dr. Shafie atas jemputan dan perkongsian ilmu di pentas antarabangsa ini.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

16 September menjadi detik bersejarah penyatuan seluruh rakyat Malaysia dalam semangat perpaduan dan kebersamaan.
Hari Malaysia bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi menjadi simbol kekuatan kita sebagai sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya yang mampu hidup harmoni di bawah satu bendera.

Semoga pada Hari Malaysia ini, kita terus memupuk rasa cinta akan tanah air, memperkukuh perpaduan, dan bersama-sama berganding bahu membina Malaysia yang lebih makmur, maju dan sejahtera demi generasi akan datang.
"Kita teguh kerana bersatu, kita maju kerana berpadu."

FTKEE Postgraduate Colloquium 2025

FTKEE Postgraduate Colloquium 2025

Kolokium 2025 Pembentangan Kemajuan Pengajian Pelajar Pascasiswazah Semester II 2024/2025 atau lebih dikenali sebagai FTKEE Postgraduate Colloquium 2025 telah berlangsung pada 10 September 2025 bertempat di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Penganjuran ini menjadi platform penting kepada pelajar pascasiswazah yang mengikuti program Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana (MSc) secara penyelidikan untuk membentangkan perkembangan penyelidikan masing-masing dalam suasana ilmiah yang terancang.

Setiap pelajar telah diberi masa selama lima minit untuk mempersembahkan slaid pembentangan berkaitan kemajuan penyelidikan yang dicapai, sebelum sesi soal jawab bersama panel penilai. Panel penilai terdiri daripada pensyarah FTKEE yang dicadangkan oleh penyelia pelajar, dengan peranan memberikan maklum balas, pandangan serta komentar yang membina. Pelajar PhD dinilai oleh dua orang panel manakala pelajar MSc pula dinilai oleh seorang panel.

Penganjuran kolokium ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk menilai tahap pencapaian penyelidikan mereka, malah berjaya menyemai keyakinan dan melatih mereka untuk berkomunikasi serta mempertahankan hasil penyelidikan secara akademik. Lebih daripada itu, kolokium ini juga telah menggalakkan budaya diskusi, perkongsian ilmu dan interaksi antara pelajar serta pensyarah, sekali gus memperkukuh kualiti penyelidikan yang dijalankan di FTKEE.

Secara keseluruhannya, FTKEE Postgraduate Colloquium 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya menjadi medan ilmiah yang menyokong kecemerlangan penyelidikan serta perkembangan akademik para pelajar pascasiswazah fakulti.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network