Official Website    

FTKEE UMPSA welcomed an educational STEM and career visit from SMK Jengka 6

FTKEE UMPSA welcomed an educational STEM and career visit from SMK Jengka 6

On January 9, 2025, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan campus, welcomed an educational STEM and career visit from Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6. The delegation included 40 outstanding students and 4 teachers, led by the GPK Administration, Pn Hajah Fauziah binti Abdul Rashid.

The visit aimed to reward the students for their recent excellent exam performance and expose them to the academic environment and programs offered by UMPSA. The day began with an academic briefing by Puan Farizan Zakaria (Promotion Committee Lecturer at FTKEE) followed by tours of various FTKEE laboratories.

In addition, the students visited the UMPSA library and the OKUMP (One-Stop Centre) to gain further insight into the university’s facilities and services. The event was a motivation booster for the students, providing a glimpse into university life and encouraging them to excel academically.

The initiative aligns with the university's commitment to promoting technology for society and fostering future academic excellence.

Sekalung Tahniah

Sekalung Tahniah

Tahniah! Seramai 45 orang pelajar UMPSA perintis kohort pertama yang berjaya menamatkan pengajian bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Awam akan diraikan dalam Majlis Graduasi yang berlangsung di BJTU China hari ini.

Bengkel Industri-Akademia: Kolaborasi Bersama Infineon Technologies (Kulim) Sdn. Bhd.

Bengkel Industri-Akademia: Kolaborasi Bersama Infineon Technologies (Kulim) Sdn. Bhd.

FTKEE UMPSA dengan bangga menganjurkan bengkel selama dua hari, 6-7 Januari 2025, yang memberi peluang untuk mendalami teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, sambil memperkukuhkan jalinan kerjasama antara industri dan akademia.

Bengkel ini akan membantu FTKEE menerina pendedahan kepada teknologi terkini dan cabaran industry secara terus dari pihak Infineon.Disamping peluang pemindahan ilmu daripada pakar industri kepada staf dan pelajar dalam masa yang sama perkongsian pandangan untuk merangka inovasi serta memenuhi keperluan tenaga kerja masa depan. Melalui bengkel ini, kami berharap dapat membentuk lebih banyak sinergi antara UMPSA dan industri untuk memperkasa pembangunan graduan serta menyokong agenda pembangunan teknologi negara.

Sekitar Majlis 'Industry Talk' Bersama Infineon Technologies

Sekitar Majlis 'Industry Talk' Bersama Infineon Technologies

Sesi perkongsian ilmu bersama Mr. Philipp Koch dari Infineon Technologies (Kulim) telah berjaya diadakan pada 6 Januari 2025 di Dewan Kuliah 3, FTKEE. Fokus utama adalah 'SiC Material, Processing, and Device Design Considerations', memberikan pandangan berharga tentang teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Silicon Carbide (SiC) adalah bahan semikonduktor yang sangat menarik dalam industri elektronik, terutamanya untuk aplikasi yang memerlukan kecekapan tinggi dan ketahanan terhadap suhu ekstrem.

Kepentingan Teknologi SiC memainkan peranan penting dalam teknologi moden, khususnya dalam, Kenderaan elektrik (EV) untuk meningkatkan kecekapan dan jarak perjalanan, Grid Tenaga dalam pengurusan kuasa dan sistem tenaga boleh diperbaharui serta Aeroangkasa untuk aplikasi berteknologi tinggi dengan keperluan suhu dan voltan yang tinggi.
Menerusi sesi seperti ini, diharapkan lebih ramai pelajar dan staf dapat memperoleh wawasan industri terkini, sekali gus mengukuhkan hubungan strategik antara universiti dan industri untuk melahirkan inovasi serta tenaga kerja berdaya saing.

Turut hadir Profesor Ts. Dr. Abdul Adam Bin Abdullah, (Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kecemerlangan Penyelidikan) mewakili Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Profesor Madya Dr. Izwan Bin Ismail, (Pengarah Pusat Kerjaya UMPSA). Profesor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal, (Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik) barisan pengurusan FTKEE, pensyarah-pensyarah kanan FTKEE dan pelajar.

Pitching Session: Technology Innovation on Local Products with Industry

Pitching Session: Technology Innovation on Local Products with Industry

On January 4, 2025, a "Pitching Session: Technology Innovation on Local Products" program was held at FTKEE, UMPSA, in collaboration with A Kumunikasi Sdn Bhd. This program provided students an opportunity to present their innovative ideas on enhancing local product systems with advanced technology.

The event was graced by the CEO of A Kumunikasi, Mejar Ilham Fuad bin Mohd Shaimy, along with the company’s advisor, Brigade General Fanashim Benson, and other representatives. Over 20 ideas were presented by FTKEE students, either individually or in pairs, showcasing their creativity and technological insights.

Eight judges evaluated the presentations, with five from A Kumunikasi and three from FTKEE. According to the chief judge, Mejar Ilham, the session was highly commendable, and the innovative ideas presented held significant potential for future collaboration and development.

The program was managed by the EEES club committee and its advisor, Pn Wahidah binti Arshad, ensuring the smooth execution of the event. The closing ceremony was attended by Professor Ts. Dr. Hamdan bin Daniyal, Dean of FTKEE, and Dr. Suliana binti Ab Ghani, Head of Student Development Programs at FTKEE.

 
Bengkel Penulisan Geran FRGS 2025 Secara Mentor-Mentee

Bengkel Penulisan Geran FRGS 2025 Secara Mentor-Mentee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa Fakulti akan menganjurkan Bengkel Penulisan Geran FRGS 2025 secara Mentor-Mentee. Maklumat bengkel adalah seperti berikut :

Tarikh : 20 Jan 2025 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama (BMU), FTKEE UMPSA

Diharapkan semua peserta terlibat dapat memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya bagi meningkatkan peratusan bilangan penerimaan geran FRGS di peringkat FTKEE dan UMPSA umumnya.

Sesi Perkongsian Industri oleh Panel Penasihat Industri Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DRE)

Sesi Perkongsian Industri oleh Panel Penasihat Industri Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DRE)

Sesi perkongsian industri oleh Panel Penasihat Industri Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DRE)
Isnin | 6 Januari 2025 | Atas Talian |5.00 petang
Invitation to Industry Talk by Infineon Technologies (Kulim) Sdn. Bhd.

Invitation to Industry Talk by Infineon Technologies (Kulim) Sdn. Bhd.

We are pleased to invite you to the Industry Talk, held in conjunction with the Industry-Academia Collaboration Workshop, featuring Mr. Philipp Koch, Director of Technology Development for Electric Drive Train. He will share valuable insights on “Infineon Technology Update: Silicon Carbide (SiC) Material, Processing, and Device Design Considerations”. This session aims to bridge the gap between academia and industry, offering practical knowledge and exposure to current trends in the semiconductor industry.

Details of the Talk:
📅 Date: 06 January 2025 (Monday)
🕒 Time: 9:30 a.m. – 10:00 a.m.
🏫 Venue: Dewan Kuliah 3, FTKEE

Selamat Tahun Baharu 2025

Selamat Tahun Baharu 2025

Selamat Tahun Baharu 2025 kepada warga UMPSA dan seluruh rakyat Malaysia.

Bersama-sama kita melangkah ke tahun baharu 2025 dengan semangat dan azam untuk terus mencipta kejayaan serta kecemerlangan.

Pilih FTKEE UMPSA sebagai destinasi pendidikan tinggi anda.

Kejuruteraan | Teknologi | Kreativiti

Selamat Tahun Baharu 2025! Salam 1 Rejab 1446H.

Lawatan Wakil Akademi Komunitas Toyota Indonesia (AKTI) ke FTKEE UMPSA

Lawatan Wakil Akademi Komunitas Toyota Indonesia (AKTI) ke FTKEE UMPSA

Lawatan daripada Wakil Akademi Komunitas Toyota Indonesia (AKTI) pada 19 Disember 2024 disambut Ts. Dr. Raja Mohd Taufika Bin Raja Ismail Ketua Program (Teknologi Elektronik) dan pasukan.
 
Wakil AKTI dibawa meninjau lokasi sekitar fakulti dan melihat sendiri kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
 
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network