Jemputan Ke Sesi Amanat Dekan FTKEE
Warga FTKEE yang dihormati,
Jom kita bersama-sama memeriahkan sesi Amanat Dekan FTKEE yang bakal menjadi platform penting untuk kita mendengar hala tuju, aspirasi serta perancangan fakulti ke arah FTKEE2026: Cekap. Pintar. Lestari.
Sesi ini bukan sekadar perkongsian, tetapi peluang untuk kita menyatukan visi, memperkukuh semangat kerja berpasukan serta bergerak seiring dalam mencapai kecemerlangan fakulti. Kehadiran anda amat bermakna dalam membina komuniti FTKEE yang lebih dinamik dan progresif.
Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
Masa: 9.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama (BMU)
Ayuh hadir beramai-ramai dan jadi sebahagian daripada langkah besar FTKEE ke hadapan!
