Lawatan Ilmu, Mencetus Inspirasi Sekolah Menengah Sains Dungun ke FTKEE UMPSA
Pada 29 April 2026, pihak Confucius Institute (CI), UMPSA Pekan berbesar hati menerima kunjungan seramai 63 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Sains Dungun.
Lawatan ini diadakan sebagai platform perkongsian ilmu dan khidmat masyarakat melalui pendedahan berkaitan kursus Bahasa Mandarin yang ditawarkan di UMPSA, di samping membuka ruang interaksi akademik yang lebih dekat bersama warga universiti. Turut berlangsung ialah sesi lawatan ke makmal dan fasiliti pembelajaran di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) serta Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) bagi memperkenalkan program dual ijazah, teknologi terkini serta suasana pembelajaran di UMPSA.
Semoga lawatan ini menjadi pengalaman bermakna serta menyuntik inspirasi kepada para pelajar untuk terus melangkah jauh dalam bidang STEM dan pendidikan tinggi.
