Discover the 'Go Green' Innovation Initiative by FTKEE UMPSA.
For further details, kindly refer to [LINK].
Lebih 1000 atlet UMPSA berjuang di INTER-PTJ 2025. Suasana gamat dan penuh semangat menyelubungi Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Staf Antara Jabatan (INTER-PTJ) 2025 apabila 21 kontinjen berarak masuk dengan sorakan padu memeriahkan dewan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMPSA, Prof. Dr. Yatimah Alias, yang turut ditemu bual selepas majlis.
Kejohanan berlangsung dari 29 Julai hingga 3 Ogos 2025. Semoga semua kontinjen bersaing secara sihat dan penuh semangat kesukanan!
Selamat berjuang pasukan FTKEE!
Telah berlangsung Perkampungan Ilmu SPM oleh pelajar SBP Intergrasi Tun Abdul Razak di FTKEE UMPSA sepanjang 25- 27 Julai 2025. Objektif pelaksanaan adalah meningkatkan kesiapsiagaan akademik dan kesejahteraan mental pelajar melalui pendekatan holistik menjelang peperiksaan SPM 2025.
Manfaat pelaksanaan Program Perkampungan Ilmu ini adalah untuk membantu pelajar memantapkan penguasaan akademik serta teknik menjawab soalan SPM, membina keyakinan diri dan motivasi melalui bimbingan berstruktur, serta menyediakan sokongan emosi dan sosial dalam suasana pembelajaran yang kondusif, sekali gus menyumbang kepada peningkatan prestasi keseluruhan sekolah dalam peperiksaan SPM 2025.
Turut hadir GPK Pentadbiran dan Akademik,En. Mohd Syamsul Izwan bin Mohd Ghazali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Mohd Shahrizal Bin Abd Rahman, serta Penyelaras Puan Roslizawati binti Arifin.
Jangan lupa memilih FTKEE UMPSA sebagai Universiti pilihan utama untuk menyambung pengajian!
DAULAT TUANKU
MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG
AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH
SULTAN DAN RAJA PEMERINTAH BAGI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
SERTA SEGALA JAJAHAN TAKLUKNYA
SEMPENA
MEMULIAKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-66
KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG
PADA 25 JULAI 2025 (JUMAAT)
BERSAMAAN 29 MUHARAM 1447 HIJRAH
Program anjuran Yayasan UMPSA ini menyaksikan penglibatan aktif staf FTKEE, Pusat TVET TERMAJU, dan pelajar UMPSA sebagai Jawatankuasa Pelaksana di bawah Kluster Teknologi: Pemasangan Solar & Penyelenggaraan Elektrik.
Antara sumbangan teknikal pasukan kami pemasangan sistem solar untuk 2 gazebo di Taman Botani, Felda Lok Heng dan menyelesaikan masalah pendawaian elektrik di Pusat Latihan Komuniti Felda Lok Heng. Program ini bukan sahaja memanfaatkan komuniti setempat, malah memperkasa kemahiran teknikal serta nilai kesukarelawanan warga UMPSA.
Setinggi penghargaan kepada tenaga sukarelawan terlibat Ts. Mohd Azlan (Pusat TVET TERMAJU),Ts. Salmizan (FTKEE)dan Mohd Zahir Salim (FTKEE).
