Official Website    

Kerjasama FTKEE UMPSA dan SBPI Temerloh Raih Emas di Taiwan Innotech Expo 2024

Kerjasama FTKEE UMPSA dan SBPI Temerloh Raih Emas di Taiwan Innotech Expo 2024

Taipei- Pasukan Sekolah Berasrama Integrasi (SBPI) Temerloh yang dibimbing oleh para pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Elektronik (FTKEE) telah berjaya meraih pingat emas pada pameran antarabangsa Taiwan Innotech Expo yang telah berlangsung pada 17-19 Oktober 2024 di Taiwan World Trade Centre, Taipei, Taiwan.

Pasukan SBP Integrasi Temerloh telah dibimbing oleh 3 pensyarah FTKEE, diketuai oleh Ts. Dr. Noorazliza Binti Sulaiman, serta dibantu oleh Ts. Dr. Abdul Nasir bin Abd Ghafar dan Ts. Mohd Ridzuan Bin Radin Muhammad Amin, dan pelajar tahun akhir FTKEE, Lee Zhen Jie. Proses khidmat nasihat serta bimbingan projek telah bermula seawal bulan Julai, dan mendapat kerjasama penuh daripada sekolah serta pihak fakulti.

Dalam pameran antarabangsa ini, pasukan ini telah menampilkan inovasi bertajuk Ammonia Gas Leakage Detection and Monitoring System. Projek ini telah menampilkan inovasi sistem pengesanan dan amaran awal kebocoran gas ammnonia serta sistem ventilasi pembebasan gas ammonia untuk mengurangkan risiko keracunan gas yang boleh mengakibatkan maut dan kebakaran, khusus di kawasan perindustrian. Pada sesi penilaian, projek ini telah menambat hati juri antarabangsa khususnya pada faktor keberhasilan inovasi serta impak yang besar pada pengurusan bencana dan kawalan alam sekitar khususnya untuk kegunaan industri.

Pameran Antarabangsa Taiwan Innotech Expo ini telah melibatkan kerjasama 11 agensi kerajaan Taiwan, Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan Industrial Technology Research Institute (ITRI). Dengan tema “Explore Cutting-Edge Technologies and Witness Innovation Power”, pameran ini telah mengumpulkan hampir 1100 inovasi melibatkan penyertaan domestik dan antarabangsa daripada sektor industri, agensi kerajaan, penyelidikan serta institusi pendidikan.
Semoga dengan kejayaan meraih emas pada pameran antarabangsa ini menjadi titik tolak kerjasama berterusan antara FTKEE dan sekolah-sekolah serta insitusi Pendidikan yang lain, bagi merealisasikan bakat TVET aras tinggi,seterusnya menjadi pemangkin melahirkan para graduan yang berfikiran kreatif dan kritis yang bakal menjadi tunjang pembangunan negara.
 
Kolaborasi Penyelidik FTKEE UMPSA Raih Pingat Perak Dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Johor

Kolaborasi Penyelidik FTKEE UMPSA Raih Pingat Perak Dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Johor

Tahniah kepada penyelidik dan pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) atas kejayaan meraih pingat perak dalam Pertandingan Inovasi Teknologi Pertanian Kategori Petani anjuran Pejabat Pertanian Negeri Johor yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor pada 23 Oktober 2024.

Projek Sistem Kawalan Persekitaran Bersasar Rumah Cendawan Pintar ini dibentangkan pada Mei yang lalu di Pejabat Pertanian Johor Bahru oleh pasukan yang diketuai oleh pengusaha cendawan dari Ada Fresh Farm iaitu Rasyada A.Rahman, yang juga merupakan graduan ijazah sarjana Bioteknologi, melalui kerjasama dengan penyelidik FTKEE (Dr Nur Huda Ramlan dan Dr Ahmad Syahiman Mohd Shah).

Penyertaan ini turut menggunapakai prototaip yang dihasilkan oleh pelajar tahun 3 melalui subjek Engineering Design Project semester lalu. Prototaip projek Presicion Farming for Highland Plants itu dibangunkan oleh sekumpulan pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik yang terdiri daripada Bahirathan A/L Subramaniam, Divyan Gunalan, Dhivesh Kana A/L Kanapathey, Satisvanan A/L Irusan, dan turut dibantu oleh pelajar PhD Leong Ying Foo.
Sistem ini memanfaatkan teknologi kebendaan (IoT) untuk mengoptimakan kondusi pertumbuhan cendawan di dalam rumah cendawan disamping penjimatan tenaga serta pengurusan penyakit yang lebih baik.

Kolaborasi dan kemenangan ini membuktikan bahawa penyelidikan akademik boleh digabungkan dengan aplikasi praktikal di lapangan bagi membawa manfaat kepada industri pertanian tempatan, yang bukan sahaja dapat meningkatkan hasil pertanian tetapi juga menggalakkan pertanian mampan di Malaysia

Pemakluman Program Gaya Hidup Sihat Tahun 2024 - Anjuran FTKEE, UMPSA

Pemakluman Program Gaya Hidup Sihat Tahun 2024 - Anjuran FTKEE, UMPSA

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Program Gaya Hidup Sihat "Badan Sihat Minda Cergas"  anjuran FTKEE UMPSA akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 Tarikh : 23 Oktober 2024 (Rabu)

 Masa : 8.30 pagi hingga 09.30 pagi

 Tempat : FTKEE UMPSA Pekan

Tentatif Program:

8.15 pagi - Berkumpul di pintu laluan utama FTKEE
8.30 pagi - Warming up dan aktiviti bermula
9.30 pagi - Bersurai

Staf UMPSA yang berkelapangan dijemput untuk menyertai program ini dengan mendapat pelepasan daripada Ketua Jabatan.

** Mata CPD disediakan
** Mohon staf membawa air sendiri dan berpakaian yang bersesuaian

UMPSA Convocation Ceremony 2024

UMPSA Convocation Ceremony 2024

The 19th Convocation Ceremony of Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) is scheduled to take place from October 26 to October 29, 2024. The Attendance Confirmation System for #MKK19 will open starting September 18, 2024, at 12:00 PM via the portal https://konvo.umpsa.edu.my/.

Congratulations to all UMPSA graduates! Wishing you a successful graduation!

Taklimat Safety and Technical Bagi Kursus EDP Dan URP

Taklimat Safety and Technical Bagi Kursus EDP Dan URP

Antara objektif pelaksanaan adalah untuk pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 memahami tatacara dan tatakelola penggunaan makmal Kejuruteraan utk menyiapkan projek yang berkaitan dengan subjek EDP@IDP dan FYP@URP serta peraturan keselamatan semasa mengguna makmal untuk menyiapkan projek.

Taklimat telah disampaikan oleh Ir. Ts. Dr.Norizam Bin Sulaiman (Ketua Teknikal FTKEE, UMPSA Gambang) dan En Mohd Shamsul Azmi Bin Samsudin( Staf Teknikal). Semoga bermanfaat.

UMPSA STEM Lab @ 2024 IEEE STEM Summit

UMPSA STEM Lab @ 2024 IEEE STEM Summit

UMPSA STEM Lab telah terpilih sebagai salah satu pembentang di 2024 IEEE STEM Summit. Topik yang akan dibentangkan adalah "Exploring Pedagogical Approaches in Arduino Robotics Through Hands-On Experience," yang merupakan aktiviti yang telah dijalankan di STEM Lab sejak 7 tahun yang lalu.

IEEE STEM Summit selama tiga hari ini adalah percuma (pendaftaran: https://stem-summit.tryengineering.org/) menampilkan speakers dari seluruh dunia dan terbuka kepada para sukarelawan, pendidik, peminat STEM, dan ibu bapa untuk berkongsi idea, pengalaman, serta meneroka cara baharu untuk menggalakkan minat pelajar dalam bidang STEM, khususnya terkait dengan teknologi dan digital.

FTKEE Career Bootcamp 2024

FTKEE Career Bootcamp 2024

Hebahan penting kepada pelajar tahun akhir FTKEE.
Terhad kepada 70 orang pelajar sahaja.
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk sertai program Bootcamp Kerjaya 2024

Bootcamp Kerjaya 2024 ini bertujuan memberikan pelbagai input dan informasi tentang kerjaya yang sejajar dengan kehendak dan pasaran kerja masa kini.Melalui program ini, peserta akan memperolehi pengalaman bermakna melalui pendedahan kemahiran menulis resume dan tatacara menghadiri temuduga daripada penceramah/pembimbing dari Talentcorp agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Oktober 2024
Tempat : DK2, FTKEE, UMPSA Pekan
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Makan tengahari dan sijil penyertaan akan disediakan bagi semua peserta.
Bagi pelajar yang berminat, boleh mengisi boring di link https://forms.gle/yZrdTZ4WEBAkf36j7 sebelum 18 Oktober 2024 ini.

Library Research Support Week 2024: IEEE Xplore User Training

Library Research Support Week 2024: IEEE Xplore User Training

Join us for an informative session on how to make the most out of the IEEE Xplore digital library! This hands-on training is perfect for researchers, students, and faculty members who want to efficiently use the IEEE Xplore platform for their academic and research needs.

📅 Date: 17th October 2024 / Thursday
🕙 Time: 11.00 am - 12.30 pm
📍 Venue: Computer Lab, UMPSA Pekan Library
👨‍💼 Trainer: Mr. Edward Kennedy Thevarakam (Senior IT Manager)
👉Registration Link: https://tinyurl.com/IEEE-UMPSA
🔗 or scan the QR code to save your spot.

FTKEE UMPSA Researchers Listed Among The World's Top 2% Scientists

FTKEE UMPSA Researchers Listed Among The World's Top 2% Scientists

A total of 20 UMPSA researchers have been listed among the World's Top 2% Scientists in the categories of Career-Long Achievement and Single Year Achievement, based on data recently released by Elsevier BV, Stanford University, USA.

Congratulations to Assoc. Prof. Dr. Mohd Herwan Bin Sulaiman and Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Ashraf Bin Ahmad on this outstanding achievement.

[Utusan Malaysia] UMPSA Kekal Universiti Teknikal Nombor Satu Terbaik Negara

[Utusan Malaysia] UMPSA Kekal Universiti Teknikal Nombor Satu Terbaik Negara

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kekal universiti teknikal terbaik negara apabila berada di kedudukan pertama dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) buat tiga tahun berturut-turut.

Pengumuman Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025 pada 9 Oktober lalu yang menyenaraikan UMPSA di tangga 601-800 terbaik dunia turut menyaksikan universiti berkenaan di kedudukan kelapan terbaik dalam kalangan institusi awam dan swasta di negara ini.

Sumber : LINK

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network