FTKEE UMPSA Santuni Bakal Mahasiswa di Karnival Jom Masuk Universiti 2026 Zon Timur
KUALA TERENGGANU – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) UMPSA terus proaktif mempromosikan peluang pendidikan melalui penyertaan dalam Karnival Jom Masuk Universiti 2026 Zon Timur yang telah berlangsung di Mayang Mall, Kuala Terengganu pada 7 dan 8 Februari 2026.
Kehadiran wakil FTKEE, Dr. Marlina binti Yakno dan Dr. Nur Zahirah binti Mohd Ali, bertujuan memberikan khidmat nasihat dan maklumat lanjut mengenai pelbagai program pengajian yang ditawarkan di UMPSA dan pada masa yang sama juga mempromosi FTKEE. Membawa semangat kerjasama, mereka turut bersama dengan Pusat Pemasaran & Kemasukan UMPSA, beserta wakil dari FTKMA dan FSTI dalam usaha memperkenalkan UMPSA sebagai universiti teknologi pilihan utama.
Karnival ini menjadi platform penting buat kumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM, serta Diploma/Setaraf untuk mendapatkan maklumat sahih mengenai laluan pengajian dan hala tuju masa hadapan sebelum melangkah ke menara gading.
Kami menunggu kehadiran anda sebagai mahasiswa UMPSA!
