Gotong-royong Perdana FTKEE UMPSA 1.0 | Selesai Dilaksanakan
Program Gotong-Royong Perdana FTKEE 1.0 telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan komited seluruh warga fakulti dalam usaha memperkukuh amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Aktiviti pembersihan, penyusunan semula, pengemasan dan pengurusan barangan di kawasan Blok 2, Blok 3 serta Blok Pentadbiran FTKEE bukan sahaja meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan ruang kerja, malah menyemai semangat kebersamaan dan tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan berintegriti.
Inisiatif ini turut menjadi langkah persediaan awal ke arah Audit Dalaman dan Audit Pensijilan EKSA (MAMPU) serta mencerminkan komitmen berterusan FTKEE dalam membudayakan persekitaran kerja yang sistematik, kemas dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga FTKEE atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.
Bersama kita jayakan EKSA, demi persekitaran kerja yang lestari dan berkualiti.
