Official Website    

Penyatuan 16 Stesen Automasi: Lonjakan Pembelajaran Industri & Digital Twin di FTKEE

Penyatuan 16 Stesen Automasi: Lonjakan Pembelajaran Industri & Digital Twin di FTKEE

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan naik taraf Makmal Automasi Industri yang terdiri daripada empat orang pelajar Program Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri (BVI), iaitu Muhammad Amirul Adly bin Mohamad Rashidi, Afiq Farhan bin Abdul Khamis, Muhammad Adib Afham bin Mat Zaki dan Adil Azfar bin Amran, dengan sokongan tiga orang fasilitator berpengalaman, Encik Mohd Azlan bin Sayuti, Ir. Ts. Nik Mohd Zaitul Akmal bin Mustafa dan Ir. Ts. Mohamad Rahimi bin Mohamed Rodzi.
 
Pasukan ini telah berjaya merealisasikan penyatuan 16 stesen automasi dalam satu rangkaian bersepadu, bagi menyokong pembelajaran berasaskan industri, integrasi sistem kawalan berskala besar serta pendedahan kepada konsep Industrial Automation Networking dan Digital Twin. Projek ini bukan sahaja mengoptimumkan penggunaan peralatan sedia ada, malah memperkukuh kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan hands-on, penglibatan pelajar BVI melalui skim pelajar bekerja serta bimbingan fasilitator, selaras dengan aspirasi Industry 4.0 dan keperluan semasa industri automasi.
 
Sesi penyerahan (handover) projek telah berlangsung pada 6 Februari 2026 dan telah diterima oleh Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Herwan Bin Sulaiman, Ts. Dr. Md Rizal Bin Othman, Timbalan Dekan Penyelidikan FTKEE, bersama Ketua Jabatan Teknologi, serta barisan pengajar Makmal Automasi Industri. Pencapaian ini menandakan satu langkah penting dalam usaha memperkukuh ekosistem pembelajaran berasaskan integrasi sistem, rangkaian automasi dan aplikasi Digital Twin di FTKEE.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network