Bengkel Penulisan Journal Paper Bibliometric | FTKEE UMPSA
Bengkel Penulisan Journal Paper Bibliometric anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya dilaksanakan pada 11 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, FTKEE. Bengkel ini telah disampaikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Muhammad Ashraf bin Fauri @ Fauzi, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah), Fakulti Pengurusan Industri, dengan fokus kepada pemahaman konsep analisis bibliometrik serta strategi penulisan artikel jurnal berimpak tinggi.
Nisbah jumlah penerbitan artikel dan prosiding bagi setiap staf akademik aktif pada tahun 2025 adalah 2.0 (sehingga Disember 2025). Walaupun menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2024 (1.91), pencapaian ini masih berada di bawah KPI fakulti iaitu 3.2 penerbitan bagi tahun 2025. Justeru, usaha berterusan perlu diperkukuh bagi meningkatkan produktiviti penerbitan akademik. Antara inisiatif yang boleh dimanfaatkan ialah sokongan daripada Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) UMPSA, yang menyediakan peruntukan khas bagi menampung kos Article Processing Charge (APC). Inisiatif ini diharapkan dapat mempercepatkan proses penerimaan dan penerbitan artikel dalam jurnal berimpak tinggi, sekali gus meningkatkan peratusan penerbitan fakulti bagi tahun 2026.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah serta semua warga akademik yang telah memberikan komitmen dan penyertaan aktif. Semoga bengkel ini menjadi pemangkin kepada budaya penerbitan yang lebih mampan dan berimpak tinggi di FTKEE.
