Official Website    

Lawatan Penilaian External Assessor (EA) bagi Program BHE: Komitmen Berterusan ke Arah Akreditasi EAC

Lawatan Penilaian External Assessor (EA) bagi Program BHE: Komitmen Berterusan ke Arah Akreditasi EAC

Selaras dengan garis panduan Engineering Accreditation Council (EAC), lawatan penilaian oleh External Assessor (EA) bagi program akademik perlu dilaksanakan secara berkala sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua (2) tahun. Program Bachelor of Engineering (BHE) telah mula ditawarkan kepada kohort pertama pada Sesi Kemasukan September 2022, dan sehubungan itu permohonan akreditasi New Cycle (New Programme) bagi kurikulum BHE dijadualkan untuk dilaksanakan pada tahun 2027.
 
Lawatan penilaian ini telah dilaksanakan oleh Profesor Ir. Dr. Mohd Khair Bin Hassan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai External Assessor. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses jaminan kualiti akademik yang penting dalam memastikan pematuhan program terhadap keperluan dan standard akreditasi EAC. Sepanjang lawatan, sesi temubual telah diadakan bersama pihak pengurusan dan ahli akademik, selain lawatan ke fasiliti pengajaran dan pembelajaran termasuk makmal serta kemudahan sokongan berkaitan. Lawatan ini telah diselaras dan dikendalikan oleh Dr. Nur Aqilah Binti Othman, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, selaku pensyarah bertanggungjawab bagi pelaksanaan lawatan ini.
 
Komitmen dan kerjasama berterusan warga fakulti mencerminkan kesungguhan dalam mengekalkan kualiti program akademik agar sentiasa selari dengan piawaian profesional kejuruteraan serta aspirasi akreditasi EAC.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network