Official Website    

Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji Buat Semua Mahasiswa UMPSA

Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji Buat Semua Mahasiswa UMPSA

[SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI BAGI PEPERIKSAAN SEMESTER 1 BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026]

Manfaatkan minggu anda dengan mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan. Semoga segala usaha yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang cemerlang.

Knowledge Sharing Session: YPASM Grant by Assoc. Prof. Ir. Dr. Muhamad Zahim Sujod

Knowledge Sharing Session: YPASM Grant by Assoc. Prof. Ir. Dr. Muhamad Zahim Sujod

With reference to the above matter, please be informed that a knowledge sharing session by the recipient of the YPASM Grant, Assoc. Prof. Ir. Dr. Muhamad Zahim Sujod, will be held as follows:

📌 Date: 21 January 2026 (Wednesday)
📌 Time: 10.00 a.m.
📌 Venue: Main Meeting Room (FTKEE)

All staff who are available are cordially invited to attend and benefit from the sharing session, including insights and tips that will be presented.

 

Sesi Lawatan Panel Penilai Luar (External Assessor)

Sesi Lawatan Panel Penilai Luar (External Assessor)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) akan menerima Lawatan Panel Penilai Luar (External Assessor) bagi Program Pascasiswazah seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 19 & 20 Januari 2026 (Isnin & Selasa)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, FTKEE

Sehubungan itu, kerjasama dan komitmen semua staf yang terlibat amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran sesi lawatan ini. Diharapkan semua pihak dapat memberikan sokongan yang sewajarnya sepanjang tempoh lawatan berlangsung.

Pemakluman Pelantikan Baharu Jawatan Giliran UMPSA

Pemakluman Pelantikan Baharu Jawatan Giliran UMPSA

SUKACITA DIMAKLUMKAN PELANTIKAN SEPERTI BERIKUT
PROFESOR TS. DR. HAMDAN BIN DANIYAL
KETUA PEGAWAI DIGITAL, PUSAT PEMBANGUNAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
1 JAN 2026 SEHINGGA 31 MAC 2027
Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan (Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)

Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan (Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)

Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan (Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah mulai 12 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2027

Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan (Teknologi Elektrik dan Elektronik)

Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan (Teknologi Elektrik dan Elektronik)

Tahniah pelantikan sebagai Ketua Jabatan (Teknologi Elektrik dan Elektronik) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah mulai 12 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2027.

Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)

Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)

Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah mulai 12 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2027

Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan (Pengajian Siswazah Kejuruteraan Elektrikal)

Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan (Pengajian Siswazah Kejuruteraan Elektrikal)

Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan (Pengajian Siswazah Kejuruteraan Elektrikal) di Fakulti Teknologi Elektrik dan Elektronik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah mulai 12 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2027

Program SULAM di Bawah Kursus Intelligent Control (BEE4333) “Intelligent Control Application In Schools: Smart Notification System Using Machine Learning Algorithm”

Program SULAM di Bawah Kursus Intelligent Control (BEE4333) “Intelligent Control Application In Schools: Smart Notification System Using Machine Learning Algorithm”

Melalui pelaksanaan Program Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) di bawah kursus BEE4333 – Intelligent Control, para pelajar diberi peluang untuk mengaplikasikan ilmu Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dan sistem kawalan pintar dalam konteks dunia sebenar yang memberi manfaat langsung kepada komuniti sekolah.
 
Program ini bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan kemahiran teknikal berasaskan teknologi pintar, malah menekankan nilai etika, tanggungjawab sosial dan kesedaran komuniti dalam kalangan pelajar universiti. Melalui projek bertemakan Sistem Notifikasi Pintar Berasaskan Algoritma Pembelajaran Mesin, pelajar membangunkan satu penyelesaian inovatif bagi menangani keperluan sebenar persekitaran sekolah secara sistematik dan berimpak.
 
Dalam masa yang sama, pelajar sekolah turut didedahkan kepada asas konsep Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin (Machine Learning) melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan mudah difahami. Mereka diperkenalkan kepada bagaimana sistem pintar dibangunkan menggunakan platform perisian khusus, serta bagaimana data yang dianalisis oleh algoritma pembelajaran mesin dapat dihantar melalui rangkaian komunikasi moden seperti telefon mudah alih bagi menghasilkan notifikasi automatik dan segera.
 
Secara keseluruhannya, program ini berfungsi sebagai jambatan antara universiti dan komuniti, memperkukuh pemindahan ilmu, memupuk minat awal terhadap bidang teknologi pintar dalam kalangan pelajar sekolah, serta memberi keyakinan kepada ibu bapa dan pihak berkepentingan bahawa pendekatan pendidikan berasaskan teknologi mampu menyokong pembangunan akademik, keselamatan dan kesejahteraan persekitaran pembelajaran secara holistik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tahniah diucapkan Kepada Syarikat Pelajar RedRoots Agro Technology yang Mewakili UMPSA dalam Program IoT Top Agropreneur 2.0

Tahniah diucapkan Kepada Syarikat Pelajar RedRoots Agro Technology yang Mewakili UMPSA dalam Program IoT Top Agropreneur 2.0

Tahniah diucapkan kepada syarikat pelajar RedRoots Agro Technology yang mewakili UMPSA dalam Program IoT Top Agropreneur 2.0 telah menerima Anugerah Khas sempena Majlis Penutup Program IoT Incubator Top Agropreneurs 2.0 yang berlangsung pada 11 Januari 2026 di Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Program ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia.
 
Pasukan Pelajar:
• Sudhish Rao A/L Narasinga Rao – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
• Muhamad Aqil Izzat Bin Azaman – Fakulti Pengurusan Industri
• Muhammad Izzat Haiqal Bin Idris – Fakulti Komputeran
• Nurul Shazwanie Binti Mohd Yazid – Fakulti Pengurusan Industri
 
Mentor:
• Dr. Nurul Ashykin Binti Abd Aziz – Fakulti Pengurusan Industri
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network