Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 2025/2026
Seluruh warga Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir semester.
Semoga segala usaha, pengorbanan dan ilmu yang telah dipelajari sepanjang semester ini dipermudahkan serta membuahkan hasil yang cemerlang. Hadapilah peperiksaan dengan penuh keyakinan, ketenangan dan semangat yang tinggi.
Ingatlah bahawa kejayaan adalah hasil daripada usaha yang berterusan, disiplin dan doa yang tidak putus-putus.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh keputusan yang membanggakan. 
All the best and good luck!
