Official Website    

UMPSA Peneraju Kualiti: Pensyarah FTKEE Antara Yang Ditauliahkan

UMPSA Peneraju Kualiti: Pensyarah FTKEE Antara Yang Ditauliahkan

Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) antara yang ditauliahkan sebagai panel penilai pada hari ini sempena Majlis Pelancaran Pusat Verifikasi Kualiti (QVC), Pusat Pembelajaran Fleksibel & Micro-Credential (FlexMC) serta Pusat Penilaian APEL Zon Pantai Timur Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
 
Penganugerahan ini selaras dengan pemilihan UMPSA sebagai Pusat Verifikasi Kualiti (QVC) dalam melaksanakan penilaian verifikasi kualiti stand-alone micro-credentials bagi tahap Sijil sehingga Ijazah Kedoktoran bermula 30 Mei 2025 yang lalu.
 
Diharapkan dengan pelantikan ini, ia dapat memperkukuh peranan UMPSA sebagai peneraju dalam bidang lifelong learning serta memberi nilai tambah kepada pembangunan modal insan yang lebih berdaya saing, fleksibel dan berkualiti tinggi selaras dengan aspirasi pendidikan negara. 
 
Tahniah kepada Pensyarah FTKEE:
 
1. PROFESOR MADYA DR. MOHD ANWAR BIN ZAWAWI
2. PROFESOR MADYA TS. DR. MOHAMAD SHAIFUL BIN ABDUL KARIM
3. TS. DR. SYAMIMI MARDIAH BINTI SHAHARUM
4. TS. DR. NURHAFIZAH BINTI ABU TALIP @ YUSOF
5. DR. AHMAD AFIF BIN MOHD FAUDZI
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network