Dengan ingatan tulus ikhlas daripada kami,
Warga Kerja
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒇𝒊𝒕𝒓𝒊
𝑴𝒂𝒂𝒇 𝒁𝒂𝒉𝒊𝒓 𝒅𝒂𝒏 𝑩𝒂𝒕𝒊𝒏
FTKEE UMPSA
Official Website
PEKAN, 14 Mac 2025 – Dalam dunia Kejuruteraan Elektrik dan Kecerdasan Buatan (AI), nama Profesor Madya Dr. Mohd Herwan Sulaiman semakin dikenali sebagai penyelidik yang aktif dalam pengoptimuman sistem kuasa serta inovasi AI dalam bidang tenaga.
Beliau yang berasal dari Johor kini berkhidmat sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Beliau telah menghasilkan pelbagai penyelidikan berimpak tinggi yang membantu industri tenaga bergerak ke arah yang lebih cekap dan lestari.
Beliau juga tergolong dalam 2 peratus saintis teratas di dunia, menurut Elsevier dan Universiti Stanford.
Dilahirkan dengan minat mendalam terhadap teknologi dan penyelesaian masalah dunia sebenar, Profesor Madya Dr. Mohd Herwan memulakan perjalanan akademiknya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, serta Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan Elektrik.
Beliau mengakui bahawa minatnya terhadap penyelidikan dalam kecerdasan buatan dan sistem tenaga didorong oleh keperluan industri untuk mencari penyelesaian lebih baik bagi menangani masalah ketidakcekapan sistem kuasa.
“Saya mula berminat dengan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar, khususnya dalam sektor tenaga.
“Ini membawa saya kepada kajian mendalam dalam kecerdasan buatan dan kaedah pengoptimuman seperti algoritma metaheuristik,” ujarnya.
Berkongsi tentang perjalanan penyelidikannya, Profesor Madya Dr. Mohd Herwan banyak mendapat bimbingan daripada penyelianya ketika di UTM iaitu Profesor Ir. Dr. Mohd Wazir Mustaffa, yang telah membentuk pendekatan beliau terhadap penyelidikan inovatif dan penerapan teknologi moden dalam tenaga.
Sebagai seorang penyelidik yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi, Profesor Madya Dr. Mohd Herwan menggunakan pelbagai kaedah canggih dalam kajiannya.
Antara metodologi utama yang digunakan termasuk Rangkaian Saraf Tiruan (ANN) dan Kolmogorov-Arnold Networks (KAN) dalam model ramalan tenaga serta Algoritma Barnacles Mating Optimizer (BMO) dan Evolutionary Mating Algorithm (EMA) untuk pengoptimuman sistem kuasa.
Menurutnya, pendekatan ini memberikan kecekapan yang lebih tinggi berbanding kaedah konvensional, sekali gus meningkatkan ketepatan ramalan tenaga dan degradasi bateri.
“Saya memilih pendekatan ini kerana ia bukan sahaja memberikan ketepatan tinggi, tetapi juga mampu mengatasi batasan kaedah tradisional dalam analisis sistem tenaga,” katanya.
Salah satu sumbangan terbesar Profesor Madya Dr. Mohd Herwan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik adalah pembangunan algoritma Barnacles Mating Optimizer (BMO), satu kaedah baharu dalam pengoptimuman sistem tenaga. Selain itu, kajiannya dalam penggunaan Kolmogorov-Arnold Networks (KAN) untuk anggaran cas bateri membuka ruang kepada penyelidikan yang lebih mendalam dalam industri tenaga.
“KAN masih dalam peringkat awal penerokaan oleh penyelidik lain, tetapi kami telah berjaya membuktikan potensinya dalam bidang tenaga dan degradasi bateri,” jelasnya.
Sebagai seorang pensyarah dan penyelidik, Profesor Madya Dr. Mohd Herwan mengakui bahawa cabaran terbesar adalah untuk mengimbangi antara pengajaran, penyelidikan, dan tugas pentadbiran.
“Pengurusan masa yang baik dan sokongan daripada rakan penyelidik serta pelajar sangat membantu saya menyeimbangkan ketiga-tiga tanggungjawab ini,” katanya.
Beliau juga aktif membimbing penyelidik muda dan telah mengadakan banyak bengkel berkaitan penulisan jurnal menggunakan AI generatif di peringkat fakulti, universiti, hingga ke peringkat kebangsaan.
Penganjuran bengkel ini membantu penyelidik dan akademia menghasilkan artikel berkualiti untuk jurnal terkemuka. Jom bersama kami dalam usaha memartabatkan penyelidikan di UMPSA.
Tujuan pelaksanaan meningkatkan kemahiran penulisan jurnal akademik dalam kalangan staf UMPSA, membantu penyelidik menghasilkan artikel berkualiti tinggi untuk penerbitan dalam jurnal berindeks serta memantapkan strategi penerbitan supaya sejajar dengan hala tuju UMPSA sebagai universiti teknikal unggul.
Sesi melibatkan Tips and trick for Journal Publication oleh PM. Ts. Dr. Mohd Ashraf Ahmad ( Generative Al and identfied journal for submission) serta Journal Paper submission, cover letter, Do's and Don't's.
Bengkel ini diharap dapat memperkasa budaya penyelidikan dan penerbitan dalam kalangan akademia UMPSA serta melonjakkan pencapaian universiti dalam penerbitan jurnal berimpak tinggi. Turut hadir Profesor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal, (Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik) barisan pengurusan FTKEE, pensyarah-pensyarah kanan FTKEE
"Memantapkan OBE, Menyelaraskan Penilaian!" – Bengkel "OBE Enhancement and Constructive Alignment Training" untuk meningkatkan kefahaman pensyarah FTKEE dalam pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE).
Telah diadakan pada 7 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat Utama FTKEE. Sesi ini telah dikendalikan oleh Profesor Ir. Dr. Mohd Khairil Rahmat, Pengarah Center for Research and Innovation, UniKL.
Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa Fakulti akan menganjurkan Bengkel Penulisan Jurnal untuk Inisiatif Pelan Strategik UMPSA 25.
Maklumat bengkel adalah seperti berikut :
Tarikh : 12 Mac 2025 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama (BMU), FTKEE UMPSA.
Diharapkan semua peserta terlibat dapat memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya bagi meningkatkan peratusan bilangan penerbitan artikel di peringkat FTKEE dan UMPSA umumnya.
Satu mesyuarat hala tuju Research Group telah diadakan bersama Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE) bagi membincangkan strategi penyelidikan dan perancangan penerbitan jurnal berkualiti tinggi telah berlansung pada 3-4 March 2025.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk:
Selamat menyambut bulan suci Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan keberkatan.
Semoga kedatangan bulan Ramadan tahun ini kita dapat memperbanyakkan amal ibadah dan diberkati Allah SWT.
Salam Ramadan Al-Mubarak 1446H khususnya buat warga UMPSA dan seluruh umat Islam dari warga FTKEE UMPSA.