Dewboard Ungguli CITREX 2025
Projek berjudul ‘DEWBoard’ oleh Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Nurul Wahidah Arshad berjaya memenangi Anugerah Best of the Best bagi kategori staf di Pertandingan 15th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2025.
Menurut Nurul Wahidah, ‘DEWBoard’ adalah merupakan kit pembelajaran untuk Kursus Digital Elektronik, iaitu kursus asas bagi semua program di FTKEE.