Ceramah Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI) untuk Pegawai Polis Kontinjen Pahang
Pensyarah FTKEE, Puan Nurul Wahidah Arshad dijemput sebagai penceramah bagi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang berlangsung di Dewan Tuan Razak, IPK Pahang.
Ceramah dijalankan secara hibrid dan disertai oleh lebih 500 pegawai polis daerah seluruh negeri Pahang. Ceramah menerangkan pengenalan kepada jenis-jenis AI, dan menerangkan aplikasi AI yang relevan dalam bidang kepolisan. Turut hadir adalah Pegawai Turus Latihan/Sukan, ASP Tuan Tg. Sukri, yang berhasrat memperkenalkan konsep dan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) kepada warga polis di seluruh negeri Pahang.
Semoga perkongsian ini memberi nilai tambah kepada usaha IPK Pahang dalam memodenkan sistem kepolisan selari dengan perkembangan teknologi semasa.