Menyingkap Teknologi Komunikasi Global: Lawatan Akademik ke TM Stesen Kabel Dasar Laut Cherating
Pada 20 Jun 2025, pelajar Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) dengan Kepujian (BTS) telah menjalankan lawatan akademik ke TM Stesen Kabel Dasar Laut Cherating, Pahang bagi kursus BTE2463 Communication System dan BTE3323 Communication System Design.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan mendalam berkaitan teknologi kabel dasar laut, sistem komunikasi global, serta aplikasi sebenar dalam bidang telekomunikasi. Melalui lawatan ini, pelajar berpeluang memperoleh pengalaman pembelajaran praktikal, menyaksikan secara langsung operasi sistem komunikasi dan rekabentuk rangkaian, serta memahami peranan penting teknologi tersebut dalam ekosistem komunikasi dunia.
Diharapkan lawatan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap aplikasi komunikasi moden, malah mampu menyemai minat dan inspirasi untuk menceburi kerjaya dalam bidang telekomunikasi, sejajar dengan keperluan industri masa kini.