Official Website    

Inovasi Dari Sekolah ke Pentas Nasional: Siapakah yang Terbaik?

Inovasi Dari Sekolah ke Pentas Nasional: Siapakah yang Terbaik?

Telah berlangsung sesi penjurian bagi kategori sekolah sempena CITREX 2025 yang diketuai oleh Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina binti Noordin. Penyertaan kali ini menyaksikan pelbagai sekolah yang aktif melaksanakan inisiatif STEM di peringkat masing-masing tampil dengan projek-projek inovatif yang membanggakan.

Penilaian dibuat berdasarkan kriteria menyeluruh termasuk pemahaman masalah, kreativiti idea, proses reka bentuk, penggunaan teknologi digital, serta impak sosial atau komersial yang dibawa. Menariknya, sesi ini turut mendapat sentuhan profesional apabila beberapa pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA turut menabur bakti sebagai panel juri, menyumbang kepakaran mereka dalam menilai hasil kerja para pelajar sekolah. Kreativiti luar biasa, semangat inovasi yang menginspirasikan semuanya membayangkan masa depan cerah untuk dunia STEM di peringkat akar umbi!

Kini, debaran semakin terasa siapakah yang bakal bergelar juara? Sama-sama kita nantikan keputusan rasmi pada 19 Jun 2025!

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network