Inspirasi Matematik di FTKEE
Beberapa fasiliti di FTKEE telah digunakan bagi pelaksanaan Mathematics Development Program oleh MRSM Tun Abdul Razak melibatkan seramai 149 pelajar dan 11 orang guru, diketuai oleh Puan Juliani Yunus, Penyelaras Program merangkap Guru Matematik.
Program ini bertujuan memperkukuh penguasaan konsep asas dan aplikasi Matematik, meningkatkan kemahiran berfikir kritis serta memberi pendedahan kepada fasiliti universiti sebagai inspirasi pembelajaran. Turut hadir memeriahkan program ialah Profesor Madya Dr. Mohd Anwar bin Zawawi, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) dan Ts. Nazriyah binti Haji Che Zan @ Che Zain, Ketua Teknikal.
Diharapkan program ini menjadi pemangkin kecemerlangan akademik serta membina keyakinan diri pelajar untuk terus melangkah ke peringkat lebih tinggi dalam bidang STEM.