Kepakaran Yang Dipercayai, Amanah Yang Digalas
Warga Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
Pelantikan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang teknologi serta teknikal, di samping memberi peluang untuk terus menyumbang kepada pemerkasaan standard, kualiti dan profesionalisme bidang teknologi dan teknikal di Malaysia.
Semoga pelantikan ini dapat memperkukuh jaringan kepakaran antara FTKEE, UMPSA dan MBOT, serta memberi nilai tambah kepada pembangunan bidang teknologi dan pendidikan teknikal negara.
Tahniah Prof. Ts. Dr. Hamzah! Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah dan menyumbang kepakaran demi kemajuan profesion teknologi dan teknikal.
