IEEE InECCE 2025 will be held on 27–28 August 2025 at Swiss-Belhotel Kuantan!
🔗 A great platform to share knowledge, technology & global networking in IR4.0.
💡 Join us physically or in hybrid mode!
Kursus Practical Procedure for Testing and Commissioning of Grid-Connected Photovoltaic (GCPV) System anjuran Kluster Penyelidikan Sustainable Energy and Power Electronics Research Group (SUPER) telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Ogos 2025 bertempat di Makmal Alternative Energy, FTKEE UMPSA.
Disampaikan oleh Ts. Dr. Mohd Shawal Bin Jadin bersama En. Walik Bin Yusuf, Jurutera PPH, kursus ini memberi pendedahan teori dan amali secara hands-on kepada para peserta mengenai prosedur pengujian serta pentauliahan sistem GCPV berasaskan piawaian yang ditetapkan.
Peserta turut berpeluang menjalankan simulasi dan ujian sebenar menggunakan sistem GCPV yang tersedia di makmal tenaga alternatif. Ilmu yang diperoleh amat relevan dan diperlukan dalam bidang industri tenaga solar serta sistem tenaga elektrik masa kini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini. Diharapkan penganjuran kursus ini dapat terus meningkatkan kompetensi teknikal, di samping menyemarakkan kesedaran terhadap kepentingan tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan warga kampus.
23 Ogos 2025 | Kuala Lumpur
Seramai lima pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang merupakan kohort pertama Program Ijazah Dual (Dual Degree) Kejuruteraan Elektrik (BHE) berlepas ke Jerman untuk menjalani latihan industri bermula 1 September hingga 28 Februari 2026.
Program BHE adalah kerjasama antara UMPSA dan University of Applied Sciences Karlsruhe (HKA), Jerman yang membolehkan pelajar menerima dua ijazah serentak, iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) daripada UMPSA dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Maklumat) daripada HKA.
Majlis pelepasan yang berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 1 turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman serta Dekan FTKEE, Profesor Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad. Lima pelajar tersebut ialah Ikram Umar Azra’i Bin Tarmizi, Imran Hakimi Bin Oslan Affandi, Chun Keat A/L Elek, Nandhana Shankara A/L Thamil Selvan, dan Juni Insyirah Binti Jamri. Mereka akan ditempatkan di beberapa syarikat multinasional antaranya Leuze Electronic GmbH & Co. KG, Bitzer Kühlmaschinenbau GmbH, Continental Automotive Technologies GmbH dan Vacuumschmelze GmbH & Co. KG. Latihan industri ini turut mendapat sokongan penajaan daripada UMPSA Tajaan (Insentif) ke Latihan Industri Program Mobiliti UMPSA dan TalentCorp.
Ketua Program BHE, Dr. Nur Aqilah binti Othman turut bersama pelajar sepanjang penempatan. Beliau berpengalaman menuntut dan tinggal di Jerman selama lima tahun serta akan menjadi penghubung utama dalam memastikan kelancaran penempatan industri.
The Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), successfully held its Industrial Advisory Panel (IAP) Meeting from 13–15 August at Dorsett, Putrajaya.
The main objective of this session was to gather expert insights from industry professionals on curriculum design, programme structures, and their alignment with current job market demands. During the discussions, valuable feedback and recommendations for improvement were shared, including opportunities for strategic collaborations in industrial training, research projects, knowledge exchange, and initiatives to enhance graduate employability.
It is hoped that the outcomes of this meeting will further strengthen the ties between the university and industry, ultimately producing graduates who are relevant, competent, and prepared to face the challenges of future technologies.
FTKEE extends its sincere appreciation to the Industrial Advisory Panel (IAP) members for their time and contributions:
-
KEE: Ir. Ts. Mohd Hasanudin bin Hamadion
-
BTS: Ir. Dr. Hazian Mamat
-
BTS: Ir. Dr. Shahrul Yazid bin Yahaya
-
DRE: Ir. Ts. Mohd Nizam bin Abu Seman
-
BEL: Ir. Ts. Nor Azam Aziz bin Bogal
-
BHE: Dipl.-Ing. Karena Anum Kamaruzaman
-
BHE: Dipl.-Ing. Teh Wen Kiat
-
DRE: Ts. Wan Mohd Amir Haris bin Wan Sallehuddin
11 Ogos 2025 | Pekan – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid bagi membincangkan potensi kerjasama strategik sedia ada dan masa hadapan.
Perbincangan melibatkan fakulti dan pusat penyelidikan UMPSA dengan fokus kepada industri bioperubatan, tenaga boleh diperbaharui, teknologi kewangan, teknologi pertanian dan keselamatan makanan. Lawatan ini turut dihadiri Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Herwan bin Sulaiman, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) FTKEE.
Sepanjang lawatan sehari tersebut, delegasi MIDA menghadiri sesi perkongsian bersama pengurusan universiti, ceramah di Fakulti Pengurusan Industri, serta lawatan ke makmal di FTKEE. Diharapkan kunjungan ini dapat memperkukuh hubungan strategik antara UMPSA dan MIDA, seterusnya membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada pembangunan teknologi, penyelidikan serta modal insan negara.
VISIT TO UMPSA – CEO@FACULTY PROGRAMME
LAWATAN KE MAKMAL FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FTKEE) OLEH CEO MIDA
📅 11 Ogos 2025
🕒 15:30 – 17:00
📍 Foyer & Makmal FTKEE, UMPSA Pekan
