Official Website    

DEWBoard Terus Mencipta Fenomena di Pentas Inovasi Antarabangsa!

DEWBoard Terus Mencipta Fenomena di Pentas Inovasi Antarabangsa!

Tahniah diucapkan kepada Ts. Nurul Wahidah Arshad dan pasukan projek DEWBoard
atas kejayaan membanggakan di ITEX 2026 apabila bukan sahaja meraih Gold Medal, malah turut menerima pengiktirafan khas Best Women Inventor. Kejayaan ini membuktikan bahawa inovasi yang dihasilkan bukan sahaja berimpak tinggi, malah mampu mencuri perhatian juri di peringkat antarabangsa menerusi idea kreatif, penyelesaian pintar dan nilai inovasi yang luar biasa.
 
Projek ini diketuai oleh Ts. Nurul Wahidah Arshad bersama ahli kumpulan:
• PM Ts. Dr. Mawardi
• Pn. Farizan
• Ts. Dr. Rohana
• Ts. Dr. Md Rizal
• En. Azri
Lebih membanggakan, projek DEWBoard sebelum ini turut pernah dinobatkan sebagai Best of the Best sempena CITREX UMPSA 2025 satu bukti konsisten kecemerlangan penyelidikan dan inovasi warga FTKEE.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi buat seluruh warga universiti untuk terus berani mencipta, berinovasi dan melakar kejayaan di persada dunia.
 
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network