Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa Fakulti akan menganjurkan Bengkel Penulisan Jurnal untuk Inisiatif Pelan Strategik UMPSA 25.
Maklumat bengkel adalah seperti berikut :
Tarikh : 12 Mac 2025 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama (BMU), FTKEE UMPSA.
Diharapkan semua peserta terlibat dapat memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya bagi meningkatkan peratusan bilangan penerbitan artikel di peringkat FTKEE dan UMPSA umumnya.
Satu mesyuarat hala tuju Research Group telah diadakan bersama Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE) bagi membincangkan strategi penyelidikan dan perancangan penerbitan jurnal berkualiti tinggi telah berlansung pada 3-4 March 2025.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk:
Selamat menyambut bulan suci Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan keberkatan.
Semoga kedatangan bulan Ramadan tahun ini kita dapat memperbanyakkan amal ibadah dan diberkati Allah SWT.
Salam Ramadan Al-Mubarak 1446H khususnya buat warga UMPSA dan seluruh umat Islam dari warga FTKEE UMPSA.
Seluruh warga kerja Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengucapkan sekalung tahniah kepada Dr. Nur Huda binti Ramlan yang berjaya mendapatkan Geran Pendayaan Komuniti daripada Agensi Luar.
Semoga usaha ini memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dan seterusnya mengharumkan nama UMPSA sebagai salah satu institusi pengajian tinggi yang aktif dalam aktiviti membangunkan komuniti melalui program inovasi sosial, pemindahan teknologi serta pemindahan ilmu.
