Official Website    

Sesi Libat Urus Bersama CEO Faculty Infineon Technologies: Merintis Kolaborasi Strategik Industri-Akademia

Sesi Libat Urus Bersama CEO Faculty Infineon Technologies: Merintis Kolaborasi Strategik Industri-Akademia

Satu sesi libat urus yang bermakna telah berlangsung bersama CEO Faculty dari Infineon Technologies yang membuka ruang perbincangan berkenaan pelbagai peluang kolaborasi strategik antara industri dan universiti. Antara intipati utama perbincangan termasuklah pelaksanaan projek tahun akhir pelajar bersama industri, penempatan latihan industri, penempatan staf (staff attachment), kolaborasi penyelidikan, lawatan industri serta pelbagai inisiatif lain yang dapat memanfaatkan kedua-dua pihak.

Tetamu kehormat pada majlis ini ialah Encik Mohd Jeffery Abdull Manaf, Pengarah Kanan Pengeluaran Infineon Technologies (Kulim) Sdn. Bhd meluangkan masa bersama warga FTKEE. Harapan daripada sesi ini adalah untuk memperkukuh hubungan antara pihak industri dan institusi pendidikan tinggi demi melahirkan graduan yang lebih holistik, bersedia menghadapi cabaran industri sebenar serta mendorong penyelidikan berimpak tinggi yang relevan dengan keperluan semasa. Turut hadir Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Prof. Ts. Dr. Hamzah Ahmad, ketua-ketua program serta barisan para pensyarah.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network