Official Website    

Program CSR: Latihan Asas Elektrik & Pendawaian Beserta IoT

Program CSR: Latihan Asas Elektrik & Pendawaian Beserta IoT

Bertempat di SMA Al-Attas, Pekan, Pahang pada 4 Ogos 2025 (Isnin), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama 30 orang pelajar lelaki Tingkatan 3 dari Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Pekan.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar dalam bidang elektrik dan teknologi pintar, meliputi:
⚡ Asas sistem elektrik dan keselamatan
🏠 Pendawaian elektrik rumah & bekalan TNB
🌐 Pengenalan komponen IoT dalam sistem elektrik kediaman
🔧 Latihan praktikal menggunakan Teaching Tools Wiring dan modul khas asas wiring bagi geran CDU UMPSA.
Penceramah Program dan Fasilitator FTKEE UMPSA:
 
1. TS DR MOHD RIDUWAN BIN GHAZALI
2. TS DR WAN ISMAIL IBRAHIM
3. TS MOHD SALMIZAN MOHD ZAIN
4. MOHD NIZAM BIN MD ISA
5. MOHD MALIKI BIN MD SAAD
6. DR SULIANA BINTI ABDUL GHANI
7. TS DR ROHANA BINTI ABDUL KARIM
8. MOHD REZAL BIN MOHD ARIFFIN
9. MOHD ZAHIR BIN SALIM
10. AZRI BIN IDRIS
11. RAZMAN BIN MOHD MAULOT
 
Program ini telah berlangsung di Dewan Darul Ulum, SMA Al-Attas dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pihak sekolah. Para peserta bukan sahaja didedahkan kepada teori tetapi juga diberi peluang untuk menjalani latihan praktikal secara hands-on. Terima kasih kepada pihak pengurusan SMA Al-Attas atas kerjasama erat dalam menjayakan program ini. Semoga program sebegini dapat membuka jalan kepada minat pelajar terhadap bidang kejuruteraan dan teknologi masa hadapan.
“Membentuk Generasi Celik Teknologi Seawal Usia”
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network