Official Website    

Pemakluman Kenaikan Pangkat Pensyarah Universiti

Pemakluman Kenaikan Pangkat Pensyarah Universiti

Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Norhadzfizah Binti Mohd Radi di atas kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS13 dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang berkuatkuasa 1 Disember 2024.

Kenaikan pangkat ini adalah satu bentuk pengiktirafan serta penghargaan Universiti atas khidmat bakti, prestasi dan komitmen pegawai dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan awam. Semoga kenaikan pangkat ini dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan staf dan Universiti amnya.

FTKEE Santuni Kolej Vokasional Dungun

FTKEE Santuni Kolej Vokasional Dungun

Kami berbesar hati menerima kunjungan dari Kolej Vokasional Dungun ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, UMPSA.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi terkini, suasana akademik, serta kemudahan yang disediakan di universiti kami. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi dalam perjalanan akademik mereka.

Turut bersama menyantuni lawatan ini ialah Ir. Ts. Dr. Rosmadi Bin Abdullah, Ketua Program (Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik) dan Puan Lailatul Niza Binti Muhammad, Ketua JK Promosi FTKEE.

FTKEE UMPSA Santuni Lawatan Politeknik Pagoh

FTKEE UMPSA Santuni Lawatan Politeknik Pagoh

FTKEE telah meraikan kehadiran Politeknik Pagoh ke FTKEE dalam lawatan penandaarasan ke UMPSA. Kehadiran disambut Profesor Madya Dr. Mohd Anwar Bin Zawawi, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) dan Ts. Dr. Mohd Helmi Bin Suid, Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (DRE) serta beberapa orang Pensyarah Kanan FTKEE.

Tujuan lawatan adalah untuk menjalin kerjasama akademik antara institusi, bertukar pandangan mengenai kaedah pengajaran & pembelajaran serta memahami pendekatan terbaik dalam penyampaian kurikulum. Harapan supaya dapat meningkatkan kualiti akademik & kecekapan tenaga pengajar, memperkasa program pengajian untuk memenuhi keperluan industri serta membuka ruang kolaborasi masa depan antara FTKEE & Politeknik Pagoh.

Terima kasih atas kunjungan! Semoga hubungan ini terus erat demi kecemerlangan pendidikan TVET & kejuruteraan.

Selamat Ulang Tahun UMPSA ke-23

Selamat Ulang Tahun UMPSA ke-23

Seluruh warga kerja Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) mengucapkan Selamat Ulang Tahun Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang ke-23. Semoga kita terus berkembang, memberi inspirasi dan memimpin untuk tahun-tahun yang akan datang.

Lawatan Pendidikan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Ke FTKEE UMPSA

Lawatan Pendidikan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Ke FTKEE UMPSA

Seramai 14 orang pensyarah dan 23 orang pelajar telah disambut dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dalam satu sesi lawatan akademik yang bermakna. Para pensyarah dan pelajar berpeluang meneroka makmal berteknologi tinggi, termasuk:
 
- Makmal Wiring – Memahami sistem pendawaian dan keselamatan elektrik.
- Makmal LV (Low Voltage) – Teknologi voltan rendah dalam aplikasi industri.
- Makmal EV (Electric Vehicle) – Pendedahan kepada sistem dan teknologi kenderaan elektrik.
- Mini Plant – Simulasi operasi kilang pintar dan automasi industri.
- Makmal PLC Advance – Kawalan logik boleh atur cara untuk industri 4.0.
 
Objektif lawatan ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemudahan dan teknologi di FTKEE UMPSA, meningkatkan pemahaman terhadap aplikasi kejuruteraan dalam dunia sebenar dan menggalakkan minat dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.
 
Harapan kami Lawatan ini menjadi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka lebih jauh dalam bidang teknologi kejuruteraan dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Turut serta sesi pembukaan dari Profesor Madya Dr. Mohd Anwar Bin Zawawi, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik.
 
 
EKSA : Gotong-Royong Perdana [4 Februari 2025 - 4 Mac 2025]

EKSA : Gotong-Royong Perdana [4 Februari 2025 - 4 Mac 2025]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Setiap zon EKSA adalah diwajibkan untuk melakukan Gotong Royong Perdana bermula dari 4 Februari 2025 hingga 4 Mac 2025.

Sekian, terima kasih.

Sesi Tautan Mesra Naib Canselor Bersama Staf Akademik FTKEE

Sesi Tautan Mesra Naib Canselor Bersama Staf Akademik FTKEE

Staf FTKEE dipelawa untuk menghadiri Sesi Tautan Mesra Naib Canselor Bersama Staf Akademik FTKEE yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:


📅 Rabu, 5 Februari 2025
⏰ 10.30 - 11.30 pagi 
📍 MS Team

All the best in your Examinations

All the best in your Examinations

Best wishes to all UMPSA students for the Final Examinations of Semester I, Academic Session 2024/2025, taking place from 3rd to 19th February 2025.

Wishing you all the best. May everything go smoothly, and good luck with your exams!

Seminar Pembentangan MEE4026 Engineering Project 2 bagi Program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari)

Seminar Pembentangan MEE4026 Engineering Project 2 bagi Program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari)

Kursus MEE4026 Engineering Project 2 adalah salah satu kursus teras dalam program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari). Pembentangan akhir (viva voce) adalah output wajib bagi kursus ini dimana jumlah pemarkahan adalah 40% daripada keseluruhan penilaian.

Objektif pelaksanaan untuk membolehkan pemeriksa memastikan bahawa tesis dan penyelidikan yang dilaporkan adalah hasil kerja pelajar sendiri, memberikan peluang kepada pelajar untuk mempertahankan hasil kerja penyelidikan mereka secara lisan, menjelaskan sebarang isu yang telah dikenal pasti oleh pemeriksa dan membincangkan subjek penyelidikan dalam konteks disiplin yang lebih luas dan memastikan bahawa pengetahuan dan pemahaman calon tentang subjek adalah daripada standard yang diharapkan untuk penganugerahan ijazah.

[UMPSA NEWS] Penyelidik UMPSA Profesor Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari Hasilkan iSenseFishery Sistem Pengurusan Akuakultur Berasaskan AI

[UMPSA NEWS] Penyelidik UMPSA Profesor Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari Hasilkan iSenseFishery Sistem Pengurusan Akuakultur Berasaskan AI

PEKAN, 22 Januari 2025 – Umum mengetahui bahawa industri akuakultur adalah antara penyumbang terbesar bagi industri makanan laut. 

Namun di Malaysia, antara cabaran utama industri akuakultur adalah ketidaktentuan kualiti air, kos operasi yang tinggi dan kesukaran untuk memantau secara terus-menerus keadaan ladang ikan.

Melihat kepada cabaran utama tersebut, Felo Penyelidik Utama Pusat Teknologi Industri Termaju yang juga Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari Ghazali telah menghasilkan iSenseFishery iaitu sistem pengurusan akuakultur berasaskan kecerdasan buat¬an (AI). 

Menurut Profesor Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari, teknologi sensor dan pembelajaran mesin dilihat sebagai penyelesaian bagi meningkatkan pengurusan dan keberkesanan operasi akuakultur, dengan memberikan data yang tepat dan boleh diakses secara masa nyata untuk keputusan yang lebih baik.

Sumber: LINK

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network