MINDS FTKEE 2025/2026: Langkah Pertama dan Aspirasi Baharu!!
Telah berlangsung Minggu Induksi & Suai Kenal (MINDS) FTKEE 2025/2026, sebuah program pengenalan peringkat fakulti yang menghimpunkan seramai 307 orang pelajar baharu, jumlah kehadiran yang menjadi satu kejutan amat menggembirakan buat seluruh warga FTKEE.
Penganjuran MINDS ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai fakulti, program pengajian serta membina semangat kebersamaan dan identiti sebagai warga FTKEE.
Harapan warga fakulti agar MINDS FTKEE 2025/2026 menjadi titik permulaan yang bermakna untuk pelajar baharu, mencetuskan motivasi, keyakinan serta semangat juang dalam menempuh perjalanan akademik dan kehidupan universiti.