Official Website    

Peramu Vanguard Raih Johan Pertandingan KIK JBPM Negeri Pahang 2025

Peramu Vanguard Raih Johan Pertandingan KIK JBPM Negeri Pahang 2025

Dua wakil daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), iaitu Ts. Dr. Saifudin Bin Razali dan En. Mohammad Malindo Bin Mohamad Arip, telah bergabung tenaga bersama Balai Bomba dan Penyelamat Peramu dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang 2025 bagi Kategori Hybrid.

Hasil kolaborasi ini lahirlah pasukan Peramu Vanguard, yang tampil dengan projek inovasi Magma V3 – Rimbafire Kit. Inovasi tersebut menekankan elemen mudah, murah, selamat, berkesan, berkualiti dan ringan, sekali gus memberi impak besar dalam meningkatkan kecekapan operasi pemadaman kebakaran di lapangan.

Dedikasi, kreativiti dan kerjasama erat antara akademia serta pasukan bomba akhirnya membuahkan hasil apabila Peramu Vanguard dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan KIK JBPM Negeri Pahang 2025.

Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan, malah menjadi bukti kukuh bahawa sinergi antara institusi pendidikan tinggi dan agensi penyelamat mampu memperkukuh budaya inovasi serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan untuk masyarakat. Peramu Vanguard kini bersedia menggalas cabaran seterusnya dengan mewakili JBPM Pahang ke peringkat kebangsaan.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network