FTKEE Bawa Dunia STEM ke INSTAR: CSR, Inovasi Sosial & Pemindahan Ilmu 2025
Program CSR, Inovasi Sosial & Pemindahan Ilmu anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA telah berlangsung dengan penuh meriah pada 24 September 2025 bertempat di SBP Integrasi Tun Abdul Razak (INSTAR).
Program ini memberi peluang kepada pelajar INSTAR untuk meneroka dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan, antaranya: Pertandingan Dron & Simulasi Dron Whoop, Pengenalan Ground Robot & Underwater Robot (ROV), Eksperimen Tenaga Elektrik & Tenaga Boleh Diperbaharui disertai Kuiz Tenaga SERTA Eksplorasi Kecerdasan Buatan (AI), Machine Learning & Optimization.
Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pensyarah, pelajar, fasilitator serta seluruh warga INSTAR atas kerjasama dan sokongan yang padu.
Semoga inisiatif ini bukan sahaja menyalakan minat pelajar terhadap teknologi masa hadapan, malah memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan komuniti dalam mendokong aspirasi pendidikan negara.