Official Website    

Podcast Eksklusif: Legacy FTKEE - Chill & Spill Episod 3

Podcast Eksklusif: Legacy FTKEE - Chill & Spill Episod 3

[PODCAST EKSKLUSIF: LEGACY FTKEE - CHILL & SPILL EPISOD 3]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua warga FTKEE!
"Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Sambung?"
Persoalan ini sering menjadi tanda tanya semua mahasiswa, Outcome dia apa?Ada kaitan dengan kerjaya tak? Sertai kami dalam episod ketiga Legacy FTKEE: Chill & Spill untuk mengupas topik hangat ini bersama tiga panel alumni hebat kita:
• Nur Salasus Salwa binti Khairul Anuar (Alumni FTKEE)
• Nur Sofia Idayu binti Didik Aprianto (Alumni FTKEE)
• Roslin Athirah binti Roslan (Alumni FTKEE)
Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
Masa: 10.00 Pagi
 
Sesi Townhall Bersama Naib Canselor UMPSA

Sesi Townhall Bersama Naib Canselor UMPSA

Warga FTKEE dijemput untuk hadir ke sesi Townhall bersama Naib Canselor UMPSA, satu platform penting untuk mendapatkan perkongsian terkini, hala tuju universiti serta ruang interaksi secara langsung bersama pengurusan tertinggi universiti.

Tarikh: 13 Mei 2026 (Rabu) Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah 3, FTKEE UMPSA

Ayuh bersama-sama kita manfaatkan peluang ini untuk memahami aspirasi universiti dan memperkukuh kebersamaan warga kampus.

Interactive Knowledge Sharing Session Strengthens FTKEE–UNY Academic and Research Collaboration

Interactive Knowledge Sharing Session Strengthens FTKEE–UNY Academic and Research Collaboration

The afternoon session of the International CSR Programme: Global Classroom, Knowledge Sharing and Academic Collaboration continued in a more relaxed and interactive atmosphere through the Knowledge Sharing & Collaboration Opportunities programme held at the BMU, FTKEE. The programme brought together academic staff, researchers, and representatives from FTKEE research groups under the AppECE, ICE, and SuPER clusters to create opportunities for expertise sharing and international collaboration with delegates from Universitas Negeri Yogyakarta (UNY), Indonesia.

The session began with a presentation by Dr. Henny Pratiwi from the International Office of UNY, who shared insights into the academic and research ecosystem at Universitas Negeri Yogyakarta, including student activities, academic development, and the university’s learning culture. She also highlighted potential academic and research collaboration opportunities between UNY and UMPSA, including mobility programmes, academic exchanges, and future invitations for FTKEE lecturers and associates to share their expertise with students at UNY. The session opened pathways for broader international networking opportunities between the two institutions.

The programme continued with a more in-depth research sharing session by Dr. Muhammad Luthfi Hakim entitled “Flexible Strain Sensor for Human Motion Detection.” During the session, he explained how waste-based and sustainable materials are utilised in the development of flexible strain sensors for applications in human motion detection, biosensors, and soft robotics.

Dr. Luthfi also elaborated on the sensor fabrication process, sensitivity testing, durability tests, and the use of nanomaterials to enhance the performance of the developed flexible sensors. The presentation attracted strong interest from participants due to its integration of sustainable materials, smart sensors, and modern electronic applications. The two-way discussions throughout the session were highly engaging and eye-catching, particularly among FTKEE researchers who saw significant potential for future collaborative research opportunities.

The knowledge sharing session received an encouraging response from academic staff, students, and representatives from FTKEE research groups, especially from the AppECE, ICE, and SuPER clusters. The programme not only provided a valuable platform for knowledge exchange but also sparked new ideas and strategic collaboration opportunities between FTKEE and UNY researchers in the fields of smart sensors, sustainable materials, flexible electronics, and advanced engineering technologies.

The programme concluded with a certificate presentation ceremony to the UNY delegates as a token of appreciation for their contributions in making the International CSR Programme: Global Classroom, Knowledge Sharing and Academic Collaboration a success.

The event ended at approximately 4:30 PM, followed by a light tea session and informal networking between the UNY delegation and the FTKEE community before the delegates departed.

Keratan Akhbar Kosmo : Hakisan, jumlah daratan mengecil (Profesor Ir. Dr. Mohd Faizal Jamlos)

Keratan Akhbar Kosmo : Hakisan, jumlah daratan mengecil (Profesor Ir. Dr. Mohd Faizal Jamlos)

ISU hakisan pantai bagai tidak berkesudahan dan ia kini menjadi ancaman kepada kedaulatan tanah kita.
Hakisan pantai dilihat semakin agresif dan dipacu pelbagai faktor termasuk perubahan iklim dan pembangunan. Untuk rekod kadar hakisan pantai setahun direkodkan antara satu hingga 6.9 meter.

Bagi mengulas isu ini, Pengarah Kanan Pusat Transisi Iklim dan Risiko Bencana, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Ir. Dr. Mohd Faizal Jamlos dan Pensyarah UMPSA, Gs. Dr Sharifuddin Misbari berkongsi isu ini.

Maklumat Rujukan: https://www.kosmo.com.my/2026/05/03/pantai-terhakis-hingga-6-9-meter-setahun/

Lawatan Ilmu, Mencetus Inspirasi Sekolah Menengah Sains Dungun ke FTKEE UMPSA

Lawatan Ilmu, Mencetus Inspirasi Sekolah Menengah Sains Dungun ke FTKEE UMPSA

Pada 29 April 2026, pihak Confucius Institute (CI), UMPSA Pekan berbesar hati menerima kunjungan seramai 63 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Sains Dungun.

Lawatan ini diadakan sebagai platform perkongsian ilmu dan khidmat masyarakat melalui pendedahan berkaitan kursus Bahasa Mandarin yang ditawarkan di UMPSA, di samping membuka ruang interaksi akademik yang lebih dekat bersama warga universiti. Turut berlangsung ialah sesi lawatan ke makmal dan fasiliti pembelajaran di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) serta Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) bagi memperkenalkan program dual ijazah, teknologi terkini serta suasana pembelajaran di UMPSA.

Semoga lawatan ini menjadi pengalaman bermakna serta menyuntik inspirasi kepada para pelajar untuk terus melangkah jauh dalam bidang STEM dan pendidikan tinggi.

Jemputan Ke Sesi Amanat Dekan FTKEE

Jemputan Ke Sesi Amanat Dekan FTKEE

Warga FTKEE yang dihormati,

Jom kita bersama-sama memeriahkan sesi Amanat Dekan FTKEE yang bakal menjadi platform penting untuk kita mendengar hala tuju, aspirasi serta perancangan fakulti ke arah FTKEE2026: Cekap. Pintar. Lestari.

Sesi ini bukan sekadar perkongsian, tetapi peluang untuk kita menyatukan visi, memperkukuh semangat kerja berpasukan serta bergerak seiring dalam mencapai kecemerlangan fakulti. Kehadiran anda amat bermakna dalam membina komuniti FTKEE yang lebih dinamik dan progresif.

📅 Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)⏰ Masa: 9.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Utama (BMU)

Ayuh hadir beramai-ramai dan jadi sebahagian daripada langkah besar FTKEE ke hadapan!

Tahniah Ikon Kecemerlangan FTKEE!

Tahniah Ikon Kecemerlangan FTKEE!

FTKEE dengan penuh bangga mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Insentif Kecemerlangan Platinum Yayasan UMPSA (Semester 1 2025/2026)

Kriteria pencapaian:
1. GPA ≥ 3.50
2. Penyertaan ≥ 7 program Yayasan UMPSA

Tiga pelajar FTKEE ini merupakan sebahagian daripada 27 penerima terpilih seluruh UMPSA:
1) Muhamad Mirza bin Epong (EL25109)
2) Muhammad Ghazali bin Nor Affizal (VD24035)
3) Arysha Rania binti Shahrul Nizam (RE25082)

Kejayaan ini mencerminkan dedikasi, komitmen dan semangat luar biasa dalam akademik serta kokurikulum.

Terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada warga FTKEE!
Memperkukuh Sinergi Global: Lawatan Delegasi Antarabangsa JAIST dan Rakan Kerjasama ke FTKEE UMPSA

Memperkukuh Sinergi Global: Lawatan Delegasi Antarabangsa JAIST dan Rakan Kerjasama ke FTKEE UMPSA

PEKAN – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan delegasi penyelidikan berprestij dalam usaha memperkukuh jaringan kolaborasi akademik dan penyelidikan di peringkat antarabangsa. Delegasi tersebut diketuai oleh Prof. Dr. Yuki Nagao dari Japan Advanced Institute of Science and Technology (JAIST), bersama Prof. Dr. Ahmad Azmin Bin Mohamad (Universiti Sains Malaysia), serta wakil daripada Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI UKM). 
 
Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Herwan Bin Sulaiman, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) FTKEE. Turut hadir mengiringi delegasi adalah Prof. Madya Dr. Ahmad Salihin Bin Samsudin (Timbalan Dekan Penyelidikan & Pengajian Siswazah, FSTI) dan Ir. Ts. Dr. Muhammad Ikram Bin Mohd Rashid (Pengarah Pusat Kejuruteraan Automotif - AEC). Delegasi telah dibawa melawat ke beberapa makmal penyelidikan utama bagi melihat fasiliti dan projek terkini yang sedang dijalankan oleh kumpulan penyelidik (RG) di FTKEE.  Bagi sesi taklimat kepakaran telah disampaikan oleh ketua-ketua kumpulan penyelidik iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Addie Irawan Bin Hashim – Robotics, Intelligent System & Control Engineering (RISC), Prof. Madya Dr. Mohd Mawardi Bin Saari – Advanced Metrology & Sensing (AMES) dan Prof. Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal – Mewakili kluster Sustainable Energy & Power Electronics Research.
 
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membincangkan peluang kolaborasi penyelidikan strategik dan penerbitan saintifik secara bersama. Pertemuan ini membuka ruang kepada pertukaran idea dan teknologi, khususnya dalam bidang material termaju, robotik, dan tenaga lestari.
 
"Kerjasama antara institusi tempatan dan antarabangsa seperti JAIST ini adalah langkah penting bagi UMPSA untuk terus memacu kecemerlangan inovasi yang memberi impak kepada komuniti global," ujar Prof. Ts. Dr. Mohd Herwan semasa sesi lawatan tersebut.
 
Dengan adanya kunjungan ini, diharapkan sebuah memorandum persefahaman atau kerjasama projek yang lebih konkrit dapat dimeterai, sekaligus meningkatkan visibilitas penyelidik UMPSA di persada dunia.
Empat Anugerah, Satu Kejayaan: Pelajar FTKEE Harumkan Nama UMPSA

Empat Anugerah, Satu Kejayaan: Pelajar FTKEE Harumkan Nama UMPSA

Tahniah!!.
Pasukan syarikat pelajar Vortex Resources dengan projek Cropfit Compost Maker yang diwakili oleh
 
1. Sudhish Rao A/L Narasinga Rao (EL22019)
2. Sri Prashad A/L Palani (EL22017)
3. Kirrtana A/P Sathiamorthy (EL24063)
4. Nurul Natasya Binti Ismail (EL24010)
bersama mentor Dr. Nur Huda Binti Ramlan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), berjaya merangkul empat anugerah bagi kategori AGRO/AGRICULTURE iaitu:
 
Juara Kategori
 
1. Prototaip Terbaik
2. Ruang Pameran Terbaik
3. Idea Inovasi Terbaik
 
dalam pertandingan International Millennipreneur Innovation & Commercialization Exhibition (IMInE 2.0) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berlangsung pada 13 hingga 14 April 2026 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.
 
Projek ini adalah kerjasama bersama Ada Fresh Farm di mana pelajar bersama-sama membina inovasi bagi membantu petani menguruskan sisa di ladang cendawan.
 
Sekalung penghargaan buat Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMPSA yang telah memberikan ruang dan peluang kepada semua pelajar dan mentor sepanjang penyertaan program ini.
Tahniah Wira FTKEE!

Tahniah Wira FTKEE!

FTKEE dengan bangganya mengucapkan tahniah kepada:

1. Elwindo Evans Johnson (RE25137)
2. Adam Daniel bin Haris (EL24023)
 
atas kejayaan meraih TEMPAT KE-3 dalam R20 Protech Tournament (Men’s Doubles) yang berlangsung pada 12 April 2026. Anda membuktikan bahawa mahasiswa FTKEE bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah unggul di arena sukan!

Teruskan mengharumkan nama fakulti!
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network