Tahniah! Seramai 45 orang pelajar UMPSA perintis kohort pertama yang berjaya menamatkan pengajian bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Awam akan diraikan dalam Majlis Graduasi yang berlangsung di BJTU China hari ini.
FTKEE UMPSA dengan bangga menganjurkan bengkel selama dua hari, 6-7 Januari 2025, yang memberi peluang untuk mendalami teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, sambil memperkukuhkan jalinan kerjasama antara industri dan akademia.
Bengkel ini akan membantu FTKEE menerina pendedahan kepada teknologi terkini dan cabaran industry secara terus dari pihak Infineon.Disamping peluang pemindahan ilmu daripada pakar industri kepada staf dan pelajar dalam masa yang sama perkongsian pandangan untuk merangka inovasi serta memenuhi keperluan tenaga kerja masa depan. Melalui bengkel ini, kami berharap dapat membentuk lebih banyak sinergi antara UMPSA dan industri untuk memperkasa pembangunan graduan serta menyokong agenda pembangunan teknologi negara.
Sesi perkongsian ilmu bersama Mr. Philipp Koch dari Infineon Technologies (Kulim) telah berjaya diadakan pada 6 Januari 2025 di Dewan Kuliah 3, FTKEE. Fokus utama adalah 'SiC Material, Processing, and Device Design Considerations', memberikan pandangan berharga tentang teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Silicon Carbide (SiC) adalah bahan semikonduktor yang sangat menarik dalam industri elektronik, terutamanya untuk aplikasi yang memerlukan kecekapan tinggi dan ketahanan terhadap suhu ekstrem.
Kepentingan Teknologi SiC memainkan peranan penting dalam teknologi moden, khususnya dalam, Kenderaan elektrik (EV) untuk meningkatkan kecekapan dan jarak perjalanan, Grid Tenaga dalam pengurusan kuasa dan sistem tenaga boleh diperbaharui serta Aeroangkasa untuk aplikasi berteknologi tinggi dengan keperluan suhu dan voltan yang tinggi.
Menerusi sesi seperti ini, diharapkan lebih ramai pelajar dan staf dapat memperoleh wawasan industri terkini, sekali gus mengukuhkan hubungan strategik antara universiti dan industri untuk melahirkan inovasi serta tenaga kerja berdaya saing.
Turut hadir Profesor Ts. Dr. Abdul Adam Bin Abdullah, (Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kecemerlangan Penyelidikan) mewakili Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Profesor Madya Dr. Izwan Bin Ismail, (Pengarah Pusat Kerjaya UMPSA). Profesor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal, (Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik) barisan pengurusan FTKEE, pensyarah-pensyarah kanan FTKEE dan pelajar.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa Fakulti akan menganjurkan Bengkel Penulisan Geran FRGS 2025 secara Mentor-Mentee. Maklumat bengkel adalah seperti berikut :
Tarikh : 20 Jan 2025 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama (BMU), FTKEE UMPSA
Diharapkan semua peserta terlibat dapat memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya bagi meningkatkan peratusan bilangan penerimaan geran FRGS di peringkat FTKEE dan UMPSA umumnya.
We are pleased to invite you to the Industry Talk, held in conjunction with the Industry-Academia Collaboration Workshop, featuring Mr. Philipp Koch, Director of Technology Development for Electric Drive Train. He will share valuable insights on “Infineon Technology Update: Silicon Carbide (SiC) Material, Processing, and Device Design Considerations”. This session aims to bridge the gap between academia and industry, offering practical knowledge and exposure to current trends in the semiconductor industry.
Details of the Talk:
📅 Date: 06 January 2025 (Monday)
🕒 Time: 9:30 a.m. – 10:00 a.m.
🏫 Venue: Dewan Kuliah 3, FTKEE
Selamat Tahun Baharu 2025 kepada warga UMPSA dan seluruh rakyat Malaysia.
Bersama-sama kita melangkah ke tahun baharu 2025 dengan semangat dan azam untuk terus mencipta kejayaan serta kecemerlangan.
Pilih FTKEE UMPSA sebagai destinasi pendidikan tinggi anda.
Kejuruteraan | Teknologi | Kreativiti
Selamat Tahun Baharu 2025! Salam 1 Rejab 1446H.
On December 19, 2024, FTKEE had the privilege of engaging with special needs children from a special education program through an exciting robot-building activity!
The enthusiasm these children showed for learning, experimenting, and creating was truly inspiring. Through this program, FTKEE hopes to open new avenues for these children to develop their creativity, self-confidence, and technological skills.
Congratulations to the FTKEE team, led by Ts. Dr. Abdul Nasir Bin Abd. Ghafar, Dr. Mohd Amir Shahlan Bin Mohd Aspar, Ts. Muhamad Ridzuan Bin Radin Muhamad Amin, and Dr. Syukran Hakim Bin Norazman, for their efforts and dedication.
This program symbolizes hope for fostering more inclusive opportunities in technology for special education. Together, let's build a brighter future!
