Official Website    

Penyelidik FTKEE UMPSA diiktiraf Raih 1 Anugerah Khas, 2 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak dalam ITEX 2025

Penyelidik FTKEE UMPSA diiktiraf Raih 1 Anugerah Khas, 2 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak dalam ITEX 2025

Enam projek penyelidikan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) diiktiraf apabila meraih 3 pingat emas dan tiga pingat perak dalam Pameran International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2025 kali ini. Antara pingat emas yang diraih dinobatkan penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Ts. Muhammad Ikram Bin Mohd Rashid dengan projek “Illuminating Mobility: EVSE Integration in Lighting Infrastructure” yang merupakan integrasi pintar antara infrastruktur pencahayaan awam dan sistem pengecasan kenderaan elektrik (EV) ke arah bandar pintar yang lestari.

Naib Canselor, Prof. Dr. Yatimah Alias menzahirkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian ini yang membuktikan kekuatan UMPSA dalam menghasilkan penyelidikan yang relevan dan berimpak tinggi. Dalam pada itu, dua projek penyelidikan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) hasil kolaborasi pensyarah UMPSA dan MIMOS Berhad turut raih pingat. Dekan FTKEE, Prof. Madya Ts. Dr. Hamzah Bin Ahmad raih pingat emas bagi penyelidikan “Low Cost AGV for Product Transportation in Manufacturing Plant” dan Dr. Ahmad Afif Bin Ahmad Faudzi, bagi penyelidikan “Modular IoT Enabled Egg Incubator for SME Poultry Producers” terima pingat Perak.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts.Dr. Aida Mustapha turut hadir memberi sokongan dan menyaksikan pameran ITEX 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 29 hingga 31 Mei 2025. ITEX merupakan salah satu platform terkemuka dunia bagi mempamerkan inovasi terkini daripada pelbagai negara. Ia menghimpunkan para penyelidik dan inovator dari dalam dan luar negara bagi mempamerkan hasil ciptaan, reka bentuk serta penyelesaian teknologi terkini merentas pelbagai bidang.
Selain itu, penganjuran ITEX ini sebagai medium kerjasama strategik antara akademia, industri dan agensi berkaitan dalam memperkukuh ekosistem inovasi negara.

Foto oleh Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network