"Bersedia Sebelum Terjadi!" Latihan Kawad Kecemasan Langkah Siap Siaga
Keselamatan bukan sekadar teori ia perlu dilatih, difahami dan diamalkan. Pelaksanaan latihan kawad kecemasan bagi subjek DRE2512 Occupational Safety and Health bukan hanya memenuhi keperluan akademik, tetapi juga menyemai budaya kesedaran terhadap risiko dan kepentingan bertindak pantas dalam situasi cemas.
Syabas kepada pelajar dibawah seliaan Ir. Dr. Ayib Rosdi Bin Zainun dengan kolaborasi staf Jawatan Kuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) dibawah seliaan Penyelaras JKKP FTKEE, Ts. Nazriyah Binti Haji Che Zan @ Che Zain.
Melalui latihan ini, para pelajar bukan sahaja didedahkan kepada prosedur evakuasi yang betul, tetapi juga diasah dari segi koordinasi, kepimpinan dan tanggungjawab ketika menghadapi kecemasan. Inilah antara persediaan penting sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan sebenar, di mana aspek keselamatan menjadi keutamaan.
Kami berharap latihan ini dapat memupuk rasa tanggungjawab dan kepekaan terhadap keselamatan dalam kalangan pelajar dan seterusnya membentuk generasi profesional yang cekap, tangkas dan selamat.