Official Website    

Bengkel Chem E-Car sempena minggu STEM

Bengkel Chem E-Car sempena minggu STEM

Bengkel Chem E-Car sempena minggu STEM di Sekolah Kebangsaan Sungai Soi Kuantan telah dianjurkan pada 25.11.2024 di antara FTKEE UMPSA dan pelajar tahun 3, 4, 5 & 6. Seramai 11 staf ftkee telah menjadi fasilitator kepada 80 orang pelajar.

Bengkel ini bertujuan untuk memupuk serta menarik minat pelajar kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Terdapat 4 jenis robot yang berbeza bagi setiap tahun telah di berikan kepada pelajar. Pelajar perlu menyiapkan robot tersebut dalam masa satu jam dengan dibantu oleh fasilitator. Selain itu juga pihak sekolah telah menyampai sijil jalinan kerjasama di antara pihak sekolah dan UMPSA khususnya FTKEE.

Bengkel Semakan Kurikulum FTKEE bagi Program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari)

Bengkel Semakan Kurikulum FTKEE bagi Program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari)

Bengkel Semakan Kurikulum bagi Program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari) untuk Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah bagi Program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari) yang dijalankan di FTKEE telah mendapat perakuan akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) pada 31 Januari 2020, dengan nombor pendaftaran MQA/F A8827.
 
Perkhidmatan penilaian pematuhan akreditasi penuh program ini adalah selaras dengan syarat umum setiap akreditasi program yang menetapkan pelaksanaannya sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun. Oleh itu, pengemaskinian kurikulum yang komprehensif bertujuan mengikuti perkembangan semasa perlu dijalankan selaras dengan syarat keperluan Continual Quality Improvement. Turut hadir Profesor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UMPSA untuk pembukaan dalam sesi bengkel.
FTKEE DHINO THUNDER UMPSA - Juara Sukan Antara Fakulti UMPSA 2024

FTKEE DHINO THUNDER UMPSA - Juara Sukan Antara Fakulti UMPSA 2024

Fakulti Teknologi Kejuteraan Elektrik Dan Elektronik (FTKEE) mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya muncul Johan Keseluruhan Sukan Antara Fakulti (SukFAC) 2024. FTKEE memenangi 4 pingat emas melalui acara Catur Berpasukan Lelaki, Tenpin Bowling Berpasukan Lelaki, Boling Padang Berpasukan Lelaki dan Bola Tampar Wanita.
 
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Profesor Ts. Dr. Hamdan bin Daniyal. Turut hadir Pengarah Pusat Pembangunan Alumni, Dr.Azri bin Alias, Pegawai Belia dan Sukan Kanan, Encik Nur Adam Maximillian, Encik Eizat bin Mokhtar, Pegawai Belia dan Sukan serta Cik Sitti Norfaraezaidah bt Mulpi selaku Pengarah Program SukFAC 2024.
Atlet FTKEE UMPSA Raih Pingat di SUKFAC 2024

Atlet FTKEE UMPSA Raih Pingat di SUKFAC 2024

Syabas Kepada Atlet Ftkee Yang Meraih Kejayaan
Keputusan Permainan Sukfac Ftkee Fasa 1
1. Bola Tampar(P) - Emas 🥇
2. Tenpin Boling(L) - Emas 🥇
3. Catur (L) - Emas 🥇
4. Boling Padang - Emas 🥇
5. Tenpin Boling(P)- Perak 🥈
6. Bola Keranjang (P)- Perak 🥈
7. Petanque - Perak🥈
8. Bola Tampar (L) - Tempat Ke-4
9. Takraw - Tempat Ke-4
10. Rugbi - Tempat Ke-4

FTKEE UMPSA Bertemu Warga Pekan di Karnival Makmur Pekan

FTKEE UMPSA Bertemu Warga Pekan di Karnival Makmur Pekan

Ts. Dr. Mohammad Fadhil bin Abas telah dijemput untuk memberi perkongsian berkenaan teknologi drone dan juga membuat demonstrasi drone di pentas utama sempena Karnival Makmur Pekan yang berlangsung selama 3 hari bermula 15 hingga 17 November 2024.
 
FTKEE turut memeriahkan karnival dengan menyediakan pelbagai permainan berkaitan STEM dan simulator drone bagi menarik minat penduduk setempat khususnya kanak-kanak bagi memupuk minat kepada sains dan teknologi. Turut berlangsung adalah promosi kemasukan ke program-program di FTKEE yang turut dijayakan oleh pelajar-pelajar Ijazah Dual Kejuruteraan Elektrik (Elektronik), program kerjasama UMPSA bersama Hochschule Karlsruhe, Jerman. Turut serta hadir Dr. Nur Aqilah Binti Othman, Ketua Program (Kejuruteraan Elektrik (Elektronik))Semoga FTKEE terus unggul dan sentiasa dekat bersama komuniti.
Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) UMPSA 2024

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) UMPSA 2024

Tahniah Kumpulan KIKEE dari FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FTKEE) dengan projek EduCreator Studio yang telah berlangsung pada Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) UMPSA 2024 dari 13-15 November 2024.

Anugerah Penarafan Emas
Anugerah Kumpulan Popular
Anugerah Persembahan Terbaik
Naib Johan

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan undian. Anda pembakar semangat kami.

FTKEE UMPSA Welcomes Delegation from Paavai College of Engineering, India

FTKEE UMPSA Welcomes Delegation from Paavai College of Engineering, India

Paavai College of Engineering commenced its Edutourism Mission with a visit to UMPSA Pekan Campus. The participants had the opportunity to explore several high-tech facilities. Among the places visited were the Motion Capture Lab and Structured Network Cabling Lab at the Faculty of Computing (FK), as well as laboratories such as the Electric Vehicle Lab, Robotics Lab, Electrical Installation Lab, and Programmable Logic Control Lab at the Faculty of Electrical and Electronics Technology (FTKEE).

Throughout the visit, the delegation from Paavai College of Engineering expressed great enthusiasm and deep interest in the advanced technologies and facilities offered at UMPSA. They were particularly impressed by the expertise and state-of-the-art technology utilized in these facilities, making the visit a meaningful experience in understanding the application of cutting-edge technology in education.

Also present during the visit was Dr. Nur Aqilah Binti Othman, Head of Bachelor of Electrical Engineering (Electronics) with Honours (Germany) , who warmly welcomed and engaged with the delegation.

Jangan Ketinggalan Saksikan KIKEE Dan Undi Kami!!

Jangan Ketinggalan Saksikan KIKEE Dan Undi Kami!!

Jemputan ke Slot Pembentangan FTKEE di KIK UMPSA
📕Kehadiran tetamu: 10.30 pagi
⏰Sesi pembentangan : 11.00pagi
Semua dijemput hadir bagi memberikan sokongan.Terdapat 4 kategori anugerah yang dipilih melalui undian daripada penonton.
Kami perlukan anda sebagai juri! Jangan lepaskan peluang untuk mengundi kumpulan kegemaran yang pasti kami akan jadi kegemaran anda!!

Global Classroom Initiative for DRE2213 Programming and Data Structure & BTE1522 Innovation (Python Programming) students

Global Classroom Initiative for DRE2213 Programming and Data Structure & BTE1522 Innovation (Python Programming) students

BTE1522 DRE2213 – Week 4 Global Classroom

In the latest session of the Global Classroom Initiative for DRE2213 Programming and Data Structure and BTE1522 Innovation (Python Programming) students were privileged to attend a talk by Prof. Ansgar Meroth from Helbron University. Prof. Ansgar delivered a comprehensive overview of IoT networks, particularly as applied to agriculture. This talk aligned perfectly with our BTE1522 and DRE2213 course’s focus, as students in the DRE course gain hands-on experience in Python programming, Raspberry Pi programming, and embedded systems.

Prof. Ansgar’s lecture began with the foundational elements of IoT, including sensors, network architecture, and the various considerations in building robust IoT solutions. Moving deeper, he shared insights on the types of sensors used, architecture design choices, and a project demonstration from his own classes. The talk’s focus on agricultural IoT applications illustrated the immense potential of these technologies to transform farming through precision monitoring and automation.

Engaging with international experts not only enriches our knowledge but also motivates us to strive for higher standards in our projects and activities. Kudos to the students who actively engaged with Prof. Ansgar and asked thoughtful questions during the session. Their curiosity and commitment to learning demonstrated the high standards they are reaching for, making this session even more impactful.

Thank you, Prof. Ansgar, for sharing your expertise and inspiring us to innovate!

KUK4412 Project Management - Taklimat Pengurusan Projek Dalam Pembinaan Bagi Kerja-kerja Elektrik di Jabatan Kerja Raya (JKR)

KUK4412 Project Management - Taklimat Pengurusan Projek Dalam Pembinaan Bagi Kerja-kerja Elektrik di Jabatan Kerja Raya (JKR)

Telah berlangsung taklimat bagi kursus KUK4412 Project Management PENGURUSAN PROJEK DALAM PEMBINAAN BAGI KERJA-KERJA ELEKTRIK DI JABATAN KERJA RAYA (JKR) di bilik kuliah YDK03 UMPSA Kampus Gambang.

Tumpuan diberikan kepada pelajar pelajar yang mengambil kursus KUK4412 Project Management ini. Taklimat ini bertujuan memberikan pelbagai input dan informasi berkenaan industri lantas memperkenalkan teknologi canggih yang digunakan oleh industri. Melalui taklimat ini, pelajar akan memperolehi pengalaman bermakna melalui pendedahan khusus kepada sesebuah industri. Taklimat ini telah disampaikan oleh Jurutera Elektrik JKR, Puan Nor Aisyah binti Abdul Aziz.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network