Official Website    

UMPSA Perkukuh Jalinan Industri bersama TNB melalui Program CEO@Faculty-Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FTKEE, UMPSA)

UMPSA Perkukuh Jalinan Industri bersama TNB melalui Program CEO@Faculty-Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FTKEE, UMPSA)

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara institusi akademik dan industri, sekaligus menyerahkan Surat Lantikan CEO@Faculty -Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FTKEE) kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, YBhg. Datuk Ir. Megat Jalaluddin bin Megat Hassan.

Delegasi UMPSA diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman bersama beberapa pegawai kanan universiti termasuk YBhg. Profesor Dr. Mohd Hasbi bin Ab Rahim, Profesor Madya Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad dan YBhg. Profesor Ir. Dr. Ahmad Razlan bin Yusoff.

Program CEO@Faculty merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan menghubungkan ekosistem akademik dan industri melalui pelantikan pemimpin industri sebagai tenaga pengajar atau penasihat strategik di universiti. Pelantikan YBhg. Datuk Ir. Megat Jalaluddin dijangka dapat menyumbang kepakaran serta pengalaman beliau dalam memperkasakan program akademik, penyelidikan, dan inovasi di UMPSA.

Menurut Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad mengucapkan penghargaan kepada TNB atas kesediaan dan komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan akademik dan industri negara. Beliau turut menekankan pentingnya kolaborasi strategik dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi, memperluas peluang penyelidikan bersama, dan mempercepatkan pencapaian agenda inovasi negara. Majlis turut diserikan dengan pembentangan Slaid Korporat UMPSA oleh Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad, Slaid Program CEO@Faculty di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FTKEE) oleh Profesor Madya Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad, serta Slaid Penyelidikan Pusat Teknologi Industri Termaju oleh Profesor Ir. Dr. Ahmad Razlan bin Yusoff.

UMPSA berharap bahawa pelantikan ini akan menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih kukuh, selain membuka ruang kepada lebih banyak projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama industri dalam bidang teknologi kejuruteraan elektrik, elektronik, pembuatan dan mekatronik.

Lawatan Penilaian Akademik oleh External Assessor di FTKEE

Lawatan Penilaian Akademik oleh External Assessor di FTKEE

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) menerima kunjungan penilaian akademik oleh Panel Penilai Luar, Profesor Madya Dr. Masrullizam Bin Mat Ibrahim, bagi program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) - BTS pada 24 & 25 April 2025.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan fakulti dalam memastikan program berada pada landasan terbaik, selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Engineering Technology Accreditation Council (ETAC). Penilaian secara berkala ini juga merupakan langkah persediaan awal bagi menghadapi proses akreditasi penuh oleh ETAC/BEM yang dijadualkan pada tahun 2026.

Tujuan lawatan untuk menilai pelaksanaan semasa program dan mengenal pasti ruang penambahbaikan strategik. Harapan lawatan untuk memastikan program BTS terus relevan, berkualiti tinggi, dan memenuhi piawaian industri serta badan profesional. Terima kasih Prof atas input dan panduan yang sangat bermakna. Kami terus komited untuk memacu kecemerlangan akademik dan teknikal ke tahap tertinggi!

Lawatan Penilaian Program Akademik oleh Panel Penilai Luar bagi Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) dengan Kepujian (BTS)

Lawatan Penilaian Program Akademik oleh Panel Penilai Luar bagi Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) dengan Kepujian (BTS)

Sukacita dimaklumkan bahawa FTKEE akan menerima Lawatan Penilaian Program Akademik oleh Panel Penilai Luar bagi Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) dengan Kepujian (BTS) seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 - 25 April 2025 (Khamis & Jumaat)
Waktu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, FTKEE, UMPSA Pekan

Sekian untuk makluman.

Pembangunan Kursus Micro-Credential UMPSA

Pembangunan Kursus Micro-Credential UMPSA

Tahniah kepada Puan Nurul Wahidah Arshad dan Puan Nurulfadzillah Hasan yang telah berjaya membangunkan kursus Micro-Credential Combinational Logic Circuit.

Teruskan menyuntik semangat dan inspirasi tanpa henti kepada warga akademik UMPSA dalam membangunkan kursus Micro-Credentials yang berkualiti.

From China to Pahang – The GNSS Technology Journey Begins!

From China to Pahang – The GNSS Technology Journey Begins!

FTKEE UMPSA was honored to welcome a delegation from GUET (Guilin University of Electronic Technology) to the UMPSA-GUET GNSS Laboratory on April 11.

This knowledge-rich meeting paved the way for in-depth discussions on GNSS (Global Navigation Satellite System) applications and the future of satellite technology. The visit not only fostered academic dialogue but also opened opportunities for future research collaborations and student exchange programs between the two institutions.

This significant initiative is the result of efforts led by Professor Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari bin Ghazali, showcasing a strong commitment to advancing international collaboration in space and navigation technologies.

MOA Signing Ceremony – PPRN Grant Awarded to FTKEE, UMPSA

MOA Signing Ceremony – PPRN Grant Awarded to FTKEE, UMPSA

A Memorandum of Agreement (MOA) was successfully signed between Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) and East Automation & Engineering Sdn. Bhd. (EAESB) on 17 April 2025.

The signing marks the official launch of a RM67,000 PPRN Grant Project led by Prof. Ir. Dr. Kamarul Hawari Ghazali, titled: “Intelligent Sensing and Smart Integration: AI for River Water Quality Monitoring”.

The project will focus on developing an AI-driven system for real-time monitoring and pollution detection across four river monitoring stations along Sungai Pahang. This collaboration highlights the integration of smart technology in environmental sustainability.

Congratulations to all involved in this impactful university-industry collaboration!

The Role of Engineers in Society: Knowledge Sharing through Industry Talk by PETRONAS

The Role of Engineers in Society: Knowledge Sharing through Industry Talk by PETRONAS

An Industry Talk session was held on April 11, 2025, at the Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan Campus. The program was specially organized for students of the BTE2562 Engineer in Society course, under the guidance of Associate Professor Ir. Dr. Ahmad Nor Kasruddin bin Nasir. The main objective of this session was to provide students with deeper exposure to the roles engineers play in society and to help them understand the challenges faced in the real-world industry.

The talk, titled "Engineers and Their Role in Society," was delivered by Ir. Ts. Wan Umikalthum binti Wan Mohd Nowalid, Head of the Electrical Division / Lead Engineer (Protection and Control) at PETRONAS. During her presentation, she emphasized that an engineer’s responsibilities go beyond technical aspects—they also include social responsibilities, leadership roles, and adherence to high ethical standards in engineering. Values such as integrity, accountability, and professionalism were highlighted as essential pillars for success in an engineering career.

In addition to discussing the core values and principles of the engineering profession, she also shared her personal experiences working in the energy sector with PETRONAS. These insights gave students a realistic and comprehensive view of the actual industrial landscape.

Overall, the session had a very positive impact on the students, strengthening their understanding of an engineer’s responsibilities towards society and the environment. The faculty extends its heartfelt appreciation to Ir. Ts. Wan Umikalthum for her insightful and inspiring knowledge sharing session.

Pemakluman Pelantikan Baharu Jawatan Giliran UMPSA

Pemakluman Pelantikan Baharu Jawatan Giliran UMPSA

SUKACITA DIMAKLUMKAN MENGENAI PELANTIKAN BAHARU JAWATAN GILIRAN DI UMPSA SEPERTI BERIKUT:
TS. MUHAMMAD IKRAM BIN MOHD RASHID
PENGARAH DI PUSAT KEJURUTERAAN AUTOMOTIF, JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
1 APRIL 2025 SEHINGGA 31 MAC 2027
Pemenang EduCreator Video Challenge

Pemenang EduCreator Video Challenge

Pemenang EduCreator Video Challenge

Kategori Greenscreen, 3 pemenang:

- Dr. Suliana Binti Ab Ghani
- Ir. Dr. Ruhaizad Bin Ishak
- Dr. Amir Izzani Bin Mohamed

Katagori Lightboard, 3 pemenang:

- Dr. Norhafidzah Binti Mohd Saad
- Ts. Dr. Noorazliza Binti Sulaiman
- Dr. Nor Rul Hasma Binti Abdullah

Sijil penghargaan atas penghantaran video:

- Ts. Mohd Redzuan Bin Ahmad
- Ts. Dr. Raja Mohd Taufika Bin Raja Ismail
- Puan Norazian Binti Subari
- Profesor Madya Dr. Mohd Herwan Bin Sulaiman
- Puan Lailatul Niza Binti Muhammad
- Ts. Dr. Mohd Riduwan Bin Ghazali

Majlis Syarahan Umum UMPSA Rai Kepakaran Tokoh Akademik Bincang Tenaga Lestari dan Budaya Akademik

Majlis Syarahan Umum UMPSA Rai Kepakaran Tokoh Akademik Bincang Tenaga Lestari dan Budaya Akademik

15 April 2025 | Dewan Astaka, UMPSA Gambang


Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini menganjurkan Majlis Syarahan Umum Profesor dibawah pelarasan Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA) dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dan Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI). Majlis berlangsung di Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang.

Majlis dihadiri Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias, yang turut menyokong usaha memperkukuh budaya ilmu serta pemindahan pengetahuan dalam kalangan komuniti akademik. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Penolong Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (Pengantarabangsaan), Prof. Datin Ts Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Prof Madya Dr Aizi Nor Mazila binti Ramli dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ( FTKEE), Prof Madya Ts Dr Hamzah Ahmad.

Majlis ini menjadi platform untuk para profesor berkongsi kepakaran dan pengalaman penyelidikan, selain mengetengahkan hala tuju bidang masing-masing. Ia sekali gus mempromosikan pembelajaran berterusan serta inovasi dalam pelbagai disiplin ilmu, selari dengan aspirasi UMPSA dalam memperkukuh budaya akademik dan kecemerlangan penyelidikan. Majlis kali ini menampilkan dua tokoh akademik tersohor, iaitu Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang merupakan pensyarah di FTKEE UMPSA, dan telah menyampaikan syarahan bertajuk “Tenaga Pemacu Masa Depan Lestari”.

Turut menyampaikan syarahan akademia ialah Profesor Emeritus Dr. Bohari bin Mohd Yamin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang pernah berkhidmat di Pusat Sains Kimia dan Teknologi Makanan. Beliau menyampaikan syarahan bertajuk “Memperkasakan Budaya Akademik”, yang menekankan kepentingan ilmu, integriti dan penglibatan aktif dalam membina komuniti akademik yang dinamik.

Penganjuran majlis ini turut memperkukuh jaringan kerjasama antara UMPSA dan pelbagai institusi luar, selain memupuk semangat inovasi serta memperkasakan penyelidikan yang memberi manfaat kepada negara dan masyarakat. Turut hadir memeriahkan majlis ialah para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau, SMK Pandan, Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), SMK Lepar Hilir, SMK Sri Mahkota, SMK Gambang, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan warga universiti.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network