Official Website    

Program BTE-FTKEE Program Mirai No Tobira (Gerbang Masa Depan)/Jepun

Program BTE-FTKEE Program Mirai No Tobira (Gerbang Masa Depan)/Jepun

Pada 24-30 November 2024, seramai 20 orang pelajar daripada FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (FTKEE UMPSA) telah menyertai program mobiliti anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) yang berlokasi di Osaka, Jepun. Para pelajar juga diiringi oleh Ts. Dr. Zainah binti Md. Zain bersama Ts. Dr. Abd Nasir bin Abd Ghafar.
 
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta teknologi maju Jepun kepada pelajar. Para pelajar juga berpeluang untuk menghadiri kursus jangka pendek yang mempunyai sijil, melawat universiti tempatan, melawat kilang serta melawat tempat bersejarah di Jepun.
 
Aktiviti utama yang pertama ialah menghadiri kursus jangka pendek yang diadakan oleh ‘ASCA TECH LAB’ yang bertempat di Kobe. Kursus ini berkaitan JAPANESE ENGINEERING ETHICS & RISK MANAGEMENT yang disampaikan oleh Mr Nobi Fujita (Pelatih Asca Tech Lab) dan Mr Junji Yamaguchi (Mentor istimewa yang juga bekas Jurutera Daihatsu). Pada sesi petang pula, para pelajar bergerak ke Kobe Universiti untuk melihat kemudahan makmal. Para pelajar yang menjalani ‘Master’ dan ‘PHD’ di universiti itu juga bersemangat membentangkan mengenai projek yang mereka tengah jalankan. Tujuan ini adalah untuk memberi idea dan pencerahan kepada pelajar yang mengambil projek tahun akhir.
 
Selain itu, para pelajar juga melawat tempat bersejarah iaitu Osaka Castle. Terdapat muzium mengenai perang yang berdekatan dengan Osaka Castle yang pelajar berpeluang untuk melawat iaitu Peace Osaka (International Peace Centre).
Para pelajar jugak melawat kilang pelupusan sampah yang terkenal iaitu “Maishima Incineration Plant” yang terletak di Osaka. Tempat ini adalah fasiliti pemprosesan sisa sampah kepada tenaga elektrik yang dibekalkan semula kepada sesiapa yang menggunakannya. Kilang ini terkenal dengan seni bina yang penuh warna dan unik.
FTKEE Joins UMPSA-Industry Roundtable - Discussion E&E Sectors (Northern Zone)

FTKEE Joins UMPSA-Industry Roundtable - Discussion E&E Sectors (Northern Zone)

The Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology (FTKEE) at UMPSA participated in a roundtable session titled “UMPSA Roundtable - Industry Discussion for EE Sectors (Northern Zone).” This session involved prominent players in the electrical and electronics industry, including Keysight, Inari, Bosch, Intel, and Infineon, and served as a significant step toward bridging the gap between academia and industry.

The discussion focused on identifying current industry requirements and exploring strategic collaborations to align academic curricula with the latest technologies. These efforts aim to enhance the readiness of graduates for the workforce while fostering innovative research through partnerships with industry leaders.

In the short term, this initiative provides students with opportunities for industrial training, joint projects, and engagement with industry experts through workshops and seminars. The long-term impacts include producing highly competitive graduates capable of meeting global market demands, driving innovative research, and strengthening the local ecosystem for electrical and electronics engineering technology.

FTKEE is dedicated to producing industry-ready graduates equipped to catalyze change and lead advancements in their fields. The session was attended by Puan Azrina Hashim from the Malaysian Investment Development Authority (MIDA), YBhg. Professor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim, Assistant Vice-Chancellor for Industrial & Community Network, Professor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal, Dean of FTKEE, and several senior lecturers from the faculty.

This collaboration underscores FTKEE’s commitment to fostering industry-academia ties and advancing Malaysia’s electrical and electronics technology sector.

Lawatan Kerja Oleh Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha, Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor ke FTKEE UMPSA

Lawatan Kerja Oleh Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha, Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor ke FTKEE UMPSA

FTKEE UMPSA amat berbesar hati menerima kunjungan Profesor Ts. Dr. Aida Binti Mustapha, Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMPSA. Lawatan ini memberi fokus kepada peninjauan kemajuan menaiktaraf peralatan dan fasiliti usang. Projek yang telah menerima kelulusan kini dalam fasa pelaksanaan untuk memperkasakan infrastruktur fakulti. Melihat kemudahan sedia ada: Penerokaan kemudahan untuk memastikan penyampaian terbaik dalam pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan.

Prof. Aida juga menzahirkan ucapan tahniah kepada JK Keremajaan atas inisiatif yang telah dilaksanakan ini menjadi lokasi tumpuan sesi fotografi baharu di FTKEE selain "Dinding Turqoise". Pandangan bernas dan nasihat dan cadangan bernilai daripada Profesor Aida menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan berterusan. Terima kasih atas sokongan dan inspirasi yang diberikan!

Bengkel Semakan Kurikulum Proram Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (Separuh Masa)

Bengkel Semakan Kurikulum Proram Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (Separuh Masa)

Telah berlangsung BENGKEL SEMAKAN KURIKULUM PRORAM IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (SEPARUH MASA)
Masa: 8:30 pagi - 5:00 petang
Tempat: Swiss-Belhotel Kuantan
Sistem Aduan Kecemasan Pelajar Ditimpa Bencana Banjir

Sistem Aduan Kecemasan Pelajar Ditimpa Bencana Banjir

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mewujudkan satu sistem aduan "RES-Q" bagi pelajar yang terlibat dengan sebarang bencana seperti banjir, tanah runtuh, atau kebakaran.

Pelajar diminta untuk melengkapkan maklumat bencana di ruangan 'STUDENT RES-Q' bagi menyalurkan sebarang bantuan yang diperlukan oleh mahasiswa yang ditimpa bencana terutamanya pelajar yang menetap di luar kampus atau yang menghadapi masalah untuk pulang ke kampus akibat bencana.

Sistem 'STUDENT RES-Q' boleh diakses melalui pautan di bawah.

https://std-comm.ump.edu.my/ecommstudent/studentResQ/index.jsp

Atau hubungi Hotline Bencana UMPSA;

09-4319999
09-4315005
09-4315065

Taklimat Pelaksanaan Program Doktor Falsafah Kaedah Industri (FTKEE - PhD Industri)

Taklimat Pelaksanaan Program Doktor Falsafah Kaedah Industri (FTKEE - PhD Industri)

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa satu taklimat berkenaan pelaksanaan Program Doktor Falsafah Kaedah Industri (PhD Industri) daripada dekan IPS akan diadakan seperti berikut :

📅 29 November 2024 (Jumaat)
🕰️ 2.30 - 4.30 petang
🏬 Bilik Mesyuarat Utama (BMU), FTKEE

Tentatif Taklimat
2.30 pm - Ucapan Aluan Timb. Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) FTKEE
2.40 pm - Taklimat Pelaksanaan Program Doktor Falsafah Kaedah Industri (PhD Industri)
4.00 pm - Sesi soal jawab
4.30 pm - Sesi Tamat

Semua staf / penyelia / bakal penyelia dijemput hadir ke taklimat ini.

Majlis Ramah Mesra Alumni FTKEE UMPSA di Pulau Pinang

Majlis Ramah Mesra Alumni FTKEE UMPSA di Pulau Pinang

Pada 26 November 2024, satu majlis ramah mesra telah diadakan bersama alumni FTKEE yang kini berkhidmat di Pulau Pinang. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara alumni dan pihak fakulti, serta memberi peluang untuk berkongsi pengalaman, pencapaian, dan cabaran dalam dunia industri. Kami di FTKEE UMPSA merasa bangga dapat bertemu kembali dengan alumni yang kini berjaya dalam pelbagai sektor di Pulau Pinang.

Majlis ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara alumni, fakulti, dan industri dalam pada masa yang sama membincangkan peluang kolaborasi melalui jaringan profesional yang kukuh. Disamping itu faktor kejayaan alumni ini adalah bukti kukuh bahawa pendidikan berteraskan teknologi kejuruteraan yang diberikan di FTKEE mampu melahirkan graduan yang bersedia untuk dunia pekerjaan. Selain itu, pertemuan ini juga membuka peluang kepada alumni untuk memberi nasihat dan sokongan kepada generasi baru, membentuk ekosistem yang lebih kuat dan berdaya saing.

Hadir sama Profesor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik dan Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Anwar Bin Zawawi, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) dan barisan pensyarah kanan FTKEE UMPSA.

FTKEE UMPSA Visit to Keysight Technologies Penang: Inspiring the Future of Technology

FTKEE UMPSA Visit to Keysight Technologies Penang: Inspiring the Future of Technology

Keysight Technologies is a global leader in electronic measurement solutions, providing cutting-edge technology for various sectors such as telecommunications, aerospace, and consumer electronics.

This visit offered FTKEE lecturers and students direct exposure to the latest advancements and innovations in electronic measurement technology. It also paved the way for strategic collaborations between UMPSA and Keysight in research and development (R&D).

Networking opportunities through engagements with industry experts facilitated discussions on the future workforce needs. The Technology Inspiration sessions provided deeper insights into the best practices of the electronics industry. Additionally, career opportunities were highlighted during sessions on potential internships and employment at this world-class company.

This visit not only inspired FTKEE members to continue innovating in technology but also reinforced UMPSA's role in producing highly competitive graduates.

The visit was led by Professor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal, Dean of the Faculty of Electrical and Electronics Technology Engineering, Associate Professor Ts. Dr. Mohd Anwar Bin Zawawi, Deputy Dean (Academic & Student Affairs), and Ts. Dr. Raja Mohd Taufika Bin Raja Ismail, Head of Program (Electronic Technology).

Bengkel Chem E-Car sempena minggu STEM

Bengkel Chem E-Car sempena minggu STEM

Bengkel Chem E-Car sempena minggu STEM di Sekolah Kebangsaan Sungai Soi Kuantan telah dianjurkan pada 25.11.2024 di antara FTKEE UMPSA dan pelajar tahun 3, 4, 5 & 6. Seramai 11 staf ftkee telah menjadi fasilitator kepada 80 orang pelajar.

Bengkel ini bertujuan untuk memupuk serta menarik minat pelajar kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Terdapat 4 jenis robot yang berbeza bagi setiap tahun telah di berikan kepada pelajar. Pelajar perlu menyiapkan robot tersebut dalam masa satu jam dengan dibantu oleh fasilitator. Selain itu juga pihak sekolah telah menyampai sijil jalinan kerjasama di antara pihak sekolah dan UMPSA khususnya FTKEE.

Bengkel Semakan Kurikulum FTKEE bagi Program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari)

Bengkel Semakan Kurikulum FTKEE bagi Program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari)

Bengkel Semakan Kurikulum bagi Program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari) untuk Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah bagi Program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari) yang dijalankan di FTKEE telah mendapat perakuan akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) pada 31 Januari 2020, dengan nombor pendaftaran MQA/F A8827.
 
Perkhidmatan penilaian pematuhan akreditasi penuh program ini adalah selaras dengan syarat umum setiap akreditasi program yang menetapkan pelaksanaannya sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun. Oleh itu, pengemaskinian kurikulum yang komprehensif bertujuan mengikuti perkembangan semasa perlu dijalankan selaras dengan syarat keperluan Continual Quality Improvement. Turut hadir Profesor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UMPSA untuk pembukaan dalam sesi bengkel.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network