FTKEE Santuni Kolej Vokasional Dungun
Kami berbesar hati menerima kunjungan dari Kolej Vokasional Dungun ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, UMPSA.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi terkini, suasana akademik, serta kemudahan yang disediakan di universiti kami. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi dalam perjalanan akademik mereka.
Turut bersama menyantuni lawatan ini ialah Ir. Ts. Dr. Rosmadi Bin Abdullah, Ketua Program (Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik) dan Puan Lailatul Niza Binti Muhammad, Ketua JK Promosi FTKEE.