Official Website    

FTKEE Postgraduate Colloquium 2025

FTKEE Postgraduate Colloquium 2025

Kolokium 2025 Pembentangan Kemajuan Pengajian Pelajar Pascasiswazah Semester II 2024/2025 atau lebih dikenali sebagai FTKEE Postgraduate Colloquium 2025 telah berlangsung pada 10 September 2025 bertempat di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Penganjuran ini menjadi platform penting kepada pelajar pascasiswazah yang mengikuti program Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana (MSc) secara penyelidikan untuk membentangkan perkembangan penyelidikan masing-masing dalam suasana ilmiah yang terancang.

Setiap pelajar telah diberi masa selama lima minit untuk mempersembahkan slaid pembentangan berkaitan kemajuan penyelidikan yang dicapai, sebelum sesi soal jawab bersama panel penilai. Panel penilai terdiri daripada pensyarah FTKEE yang dicadangkan oleh penyelia pelajar, dengan peranan memberikan maklum balas, pandangan serta komentar yang membina. Pelajar PhD dinilai oleh dua orang panel manakala pelajar MSc pula dinilai oleh seorang panel.

Penganjuran kolokium ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk menilai tahap pencapaian penyelidikan mereka, malah berjaya menyemai keyakinan dan melatih mereka untuk berkomunikasi serta mempertahankan hasil penyelidikan secara akademik. Lebih daripada itu, kolokium ini juga telah menggalakkan budaya diskusi, perkongsian ilmu dan interaksi antara pelajar serta pensyarah, sekali gus memperkukuh kualiti penyelidikan yang dijalankan di FTKEE.

Secara keseluruhannya, FTKEE Postgraduate Colloquium 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya menjadi medan ilmiah yang menyokong kecemerlangan penyelidikan serta perkembangan akademik para pelajar pascasiswazah fakulti.

FTKEE Sertai Perarakan Maulidur Rasul Bersama Warga UMPSA

FTKEE Sertai Perarakan Maulidur Rasul Bersama Warga UMPSA

9 September 2025 | Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan

Warga Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) turut serta memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan penuh semangat kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

Perarakan menuju Masjid Al-Jazari itu dipimpin oleh Dekan FTKEE, Profesor Ts. Dr. Hamzah Bin Ahmad, yang bersama-sama warga fakulti berganding bahu menyemarakkan alunan selawat sepanjang perarakan. Kehadiran kontinjen FTKEE yang penuh warna-warni menzahirkan komitmen fakulti dalam mendukung nilai ukhuwah, kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, serta pembentukan sahsiah mahasiswa.

Profesor Ts. Dr. Hamzah Bin Ahmad merakamkan penghargaan atas penyertaan warga FTKEE, serta berharap agar sambutan ini menjadi medan memperkukuh kecintaan mahasiswa kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW selain memperteguh aspirasi UMPSA dalam melahirkan ummah madani berteraskan ilmu, akhlak dan perpaduan.

Majlis sambutan turut diserikan dengan penglibatan kepimpinan universiti diketuai Naib Canselor UMPSA, Prof. Dr. Yatimah Alias, barisan pengurusan tertinggi, serta ceramah khas Maulidur Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal Lokman.

FTKEE UMPSA Anjur Seminar & Majlis Apresiasi Pelajar Libya

FTKEE UMPSA Anjur Seminar & Majlis Apresiasi Pelajar Libya

09 September 2025 | Ancasa Royale, Pekan

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Mesyuarat Gerak Kerja MQA Compliance Evaluation (CE) Audit serta Seminar Pembentangan MEE4026 Engineering Project 2. Program ini melibatkan pelajar Program Pesisir Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari) daripada kohort pertama pelajar Libya, hasil kerjasama dengan rakan strategik iaitu Premium Entrepreneur Consultant Sdn. Bhd. (PECSB).

Mesyuarat gerak kerja ini dipengerusikan oleh Dekan FTKEE, Profesor Ts. Dr. Hamzah Bin Ahmad, bertujuan menyelaras persiapan dokumen menjelang sesi penilaian MQA Compliance Evaluation (CE) Audit 2027.

Dalam masa yang sama, seminar pembentangan projek memberi ruang kepada pelajar untuk mengetengahkan hasil penyelidikan mereka, di samping menjadi platform meraikan pencapaian kohort pertama pelajar Libya yang bakal bergraduat tahun ini.
FTKEE berbangga meraikan kejayaan dan komitmen para pelajar antarabangsa, sekali gus memperkukuh hubungan akademik dan jaringan kolaborasi global UMPSA.

Jalinan Ilmu & Inovasi Pendidikan

Jalinan Ilmu & Inovasi Pendidikan

FTKEE UMPSA melalui Research Cluster Computational System Intelligence (CSI) UMPSA telah menjayakan Program CSR bersama Kolej Vokasional Kuantan pada 8 September 2025.
 
Program separuh hari ini melibatkan 18 pensyarah UMPSA bersama tenaga pengajar KV Kuantan, dengan perkongsian ilmu yang menarik seperti:
📌 Constructive Alignment dalam reka bentuk kurikulum
📌 Analisis data akademik menggunakan Google Data Looker
📌 Prompt Engineering untuk aplikasi AI dalam pendidikan
📌 Bengkel kreativiti digital menggunakan Canva
 
Menurut Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, program ini bukan sahaja memperkukuh kolaborasi, tetapi juga membuka peluang ke arah kerjasama berterusan demi melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing. Turut hadir Tn Hj Norman bin Mohd Nor, Pengarah Kolej Vokasional Kuantan.
Bengkel Pemurnian Silibus & Semakan Kurikulum DRE

Bengkel Pemurnian Silibus & Semakan Kurikulum DRE

FTKEE, UMPSA telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Silibus dan Semakan Kurikulum bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (DRE) dengan pengisian bermanfaat daripada Prof. Ir. Dr. Mohd Khairil bin Rahmat selaku External Assessor.
 
Tujuan bengkel ini adalah untuk Menambah baik silibus berdasarkan saranan penilai luar,Menyemak pemetaan Knowledge Profile & Programme Outcomes (PO),Melaksanakan Continuous Quality Improvement (CQI),Memastikan kurikulum kekal relevan dan kompetitif.
 
Harapan kami, bengkel ini dapat melahirkan graduan yang lebih berdaya saing, selaras dengan standard akreditasi semasa dan keperluan industri.
Pelajar UMPSA-BJTU Kohort 4 Teruskan Pengajian di Beijing

Pelajar UMPSA-BJTU Kohort 4 Teruskan Pengajian di Beijing

10 Pelajar FTKEE Antara 38 Pelajar Ijazah Dual UMPSA-BJTU Kohort 4 Berlepas ke Beijing
4 September 2025 | KLIA, Sepang
 
Seramai 38 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kohort 4 bagi Program Akademik Ijazah Dual UMPSA–Beijing Jiaotong University (BJTU) berlepas ke Beijing, China malam ini untuk meneruskan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik berkaitan rel.
Daripada jumlah tersebut, 10 orang merupakan pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE).
 
Majlis pelepasan turut disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, bersama wakil agensi penaja iaitu Penolong Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Puan Na’iman Umaira Jamaludin, dan Ketua Penolong Pengarah Unit Luar Negara, Kluster Pembangunan Strategik Pelajar, Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA, Encik Mohamed Khidzairy Zainal Abidin.
 
Menurut Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, penghantaran kohort keempat ini menjadi bukti komitmen UMPSA dalam memperluas jaringan akademik bertaraf antarabangsa serta menyediakan peluang pembelajaran global kepada mahasiswa.
 
Turut hadir memberikan sokongan ialah Penolong Timbalan Naib Canselor (Antarabangsa & Kerjasama Akademik), Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, Dekan FTKEE, Prof. Madya Ts. Dr. Hamzah Ahmad, serta Pengarah Pusat Kerjasama Akademik & Mobiliti, Prof. Madya Dr. Nik Aloesnita Nik Mohd Alwi.
SUARA 34 – PUNCAK PRESTASI!

SUARA 34 – PUNCAK PRESTASI!

📅 05 September 2025 (Jumaat)
🕒 3.00 Petang
📍 World Expo Osaka
Dengan topik Edutourism Pemangkin Potensi Ekonomi Pelancongan Pahang
Bersama:
Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Nasir bin Abd Ghafar
(Penasihat Program Mobiliti Osaka Banpaku 2025 – Mirai no Tobira) serta Irdina Fatihah binti Zul Helmi
(Pengarah Program Mobiliti Osaka Banpaku 2025 – Mirai no Tobira)
Saksikan di TV Pahang & dengarkan di Pahang FM
Atau strim secara langsung di 👉 rtmklik.rtm.gov.my
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-68

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-68

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-68 buat Negara Malaysia tercinta. Semoga Malaysia terus aman, sentosa dan harmoni.

Majlis Perasmian IEEE 8th International Conference on Electrical, Control and Computer Engineering (InECCE 2025)

Majlis Perasmian IEEE 8th International Conference on Electrical, Control and Computer Engineering (InECCE 2025)

Majlis pembukaan InECCE 2025 berlangsung dengan meriah dan telah dirasmikan oleh YBhg. Professor Chm. Dr. Mohd Hasbi Bin Ab Rahim Penolong Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi), UMPSA. Sesi ucaptama turut menampilkan dua tokoh hebat, Profesor Dr. Mohammad Osman Tokhi dengan topik Swarm Intelligence Control of Hybrid Dynamic System dan Profesor Madya Ts. Dr. Mohammad Fadhil Abas dengan topik Machine Learning and Optimization in Drone Anomalies Detection.

Seramai 120 orang peserta hadir persidangan kali ini, manakala 82 artikel dibentangkan pada hari pertama meliputi pelbagai bidang penyelidikan terkini. InECCE 2025 menjadi medan perkongsian ilmu, idea baharu dan peluang jaringan global dalam bidang kejuruteraan elektrik, kawalan dan komputer. Persidangan ini diterajui oleh Prof Madya Ir. Ts. Dr. Normaniha Binti Abd Ghani. Turut hadir Profesor Ts. Dr. Hamzah Bin Ahmad, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik.

Terima kasih diucapkan kepada barisan penaja persidangan kali ini terdiri daripada, WNF Sdn.Bhd selaku penaja utama,Tenaga Nasional Berhad , S Yusof Engineering Sdn Bhd dan EM Systems Sdn. Bhd.

International Conference on Electrical, Control and Computer Engineering (InECCE) yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), UMPSA bermula pada tahun 2011 merupakan sebuah platform global yang menghimpunkan para penyelidik, ahli akademik, jurutera dan pakar industri untuk berkongsi pengetahuan serta membina kerjasama dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.
InECCE edisi ke-8 (2025), dengan kerjasama IEEE Control Systems Society (Malaysia Section Chapter), akan berlangsung secara hibrid di Swiss-Belhotel Kuantan, Malaysia.

Persidangan ini merangkumi bidang seperti robotik, sistem pintar, kuasa dan tenaga, elektronik gunaan, metrologi termaju serta pengkomputeran pintar, dengan matlamat memperkukuh jaringan antarabangsa dan kerjasama penyelidikan. Semua kertas kerja yang diterima akan diterbitkan dalam IEEE Xplore® Digital Library dan diindeks oleh Scopus.

Count Down to Conference Day (IEEE InECCE 2025 : 27th-28th August 2025)

Count Down to Conference Day (IEEE InECCE 2025 : 27th-28th August 2025)

IEEE InECCE 2025 will be held on 27–28 August 2025 at Swiss-Belhotel Kuantan!
🔗 A great platform to share knowledge, technology & global networking in IR4.0.
💡 Join us physically or in hybrid mode!

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network